Post kali ni adalah imbasan kembali surat cinta terakhir daripada seorang kekasih ♥
Surat cinta ini disampaikan pada 9 Zulhijjah tahun 10 Hijrah; di lembah Uranah, Gunung Arafah. Di dalamnya terkandung 10 pesanan penting:
1. Anggaplah bahawa jiwa dan harta setiap orang Muslim itu sebagai amanah yang suci.
2. Jangan sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.
3. Allah mengharamkan riba'.
4. Berwaspada terhadap syaitan demi keselamatan agama, dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah agar tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
5. Suami mempunyai hak ke atas isteri, dan isteri juga mempunyai hak ke atas suaminya. Layanilah wanita-wanita kamu dengan sebaiknya, dan jangan berzina.
6. Peringatan kembali 5 rukun Islam: sembahlah Allah, dirikan solat 5 kali sehari, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat dan mengerjakan haji sekiranya mampu.
7. Setiap Muslim adalah bersaudara; tiada beza antara satu sama lain kecuali dalam soal taqwa dan amal soleh.
8. Suatu hari nanti kamu akan menemui Allah untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu kerjakan di muka bumi.
9. Tiada lagi Nabi dan Rasul selepas Nabi Muhammad dan tidak akan lahir agama baru. Berpegang teguhlah kepada Al-Quran dan As-Sunnah nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.
10. Hendaklah orang yang mendengar ucapan ini (dalam konteks ini, kamu membaca) menyampaikan kepada orang lain, dan orang itu menyampaikan pula kepada orang lain.
Kamu tau kan siapa kekasih yang dimaksudkan? Surat cinta di atas adalah petikan isi khutbah wida' oleh Rasulullah.
P.B.S: semoga exam dan urusan kamu semua dipermudahkan Allah!