Monday, October 25, 2010

~RuMaiSa CuPPaCaKe~



Assalamualaikum and dobry den semua,

~Sempena IGames yang bakal berlangsung tidak lama lagi, kami menawarkan dedikasi cupcake a.k.a Rumaisa Cuppacake. Sesuai sebagai hadiah dedikasi untuk rakan-rakan kita yang akan berjuang di IGames nanti, untuk kawan karib, teman serumah, teman sekelas mahupun diri sendiri. Sambil menggembirakan hati penerima, InsyaAllah kita akan memperoleh manfaat kerana keuntungan dari jualan ini akan diserahkan untuk projek Masjid HK. Mari berkasih sayang dengan membeli sambil beramal ~

Sila klik pada gambar untuk maklumat lanjut.






~3O Kc satu~
~3 pilihan perisa : Chocolate, Strawberry dan Blueberry~

p/s: sila sertakan nama pemberi (yg nak taruk kat dedication card & name betul korang utk kutip bayaran nanti) nama penerima berserta tahun pengajian & lokaliti, dan msg nk tulis atas kad tu.

p/s : Bayaran akan dikutip pada hari IGames

Saturday, October 23, 2010

Sakit Hati?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Maaf lama tidak menulis/menaip.
Alhamdulillah hari ini mendapat idea untuk dikongsi bersama.

Tadi pagi berlatih bola keranjang bersama dengan yang lain.
Suka!saya sangat suka bersukan ya.
Kalau ada bola baling, jangan lupa merisik kalau saya nak jadi penjaga gol
Oh ok, kembali ke topik asal.

Dipendekkan cerita yang tidaklah begitu panjang, cik Winnie telah merasa sakit di bahagian abdomen belah kanan.
Biasalah budak perubatan, macam-macam teori dikeluarkan kami.
Appendiks la, kemudian meleret ke diaphragm(bahasa Melayunya apa ya?) dan seterusnya ke hati.
Menurut kak Noleq, sakit hati tak boleh dirasa
Sakit hati di sini merujuk kepada masalah hati seperti kegagalan hati, dan cirrhosis.
Bukanlah sakit hati subjektif macam sakit hati kena perli dsb.
Oh benarkah?saya agak tertarik dengan pernyataan itu.
Sememangnya saya tidaklah tahu kalau ada masalah hati adakah kita akan berasa sakit atau tidak dan tidak pernah pula terfikir adakah dirasai kesakitan dari penyakit hati itu (maaf, saya rasa ayat saya terbelit, namun harap anda faham apa yang cuba saya terangkan)

Tapi saya tahu, kalau kita ada masalah jantung, kita dapat merasakan kesakitan or the feeling of something itself.
akan merasa sakit bila kena serangan jantung
Sakit yang asal dari jantung turut dipancarkan ke lengan kiri
Jika perut kita terlebih asid, kita akan sakit perut
Rupa-rupanya masalah hati sakitnya tidak terzahir pada deria kita.
Sebabnya tiada saraf yang istimewa khas untuk menyampaikan maklumat sakit dari hati.

Sebab apa ya saraf itu tiada?
Saya telah diajar, sakit itu perlu supaya kita dapat bertindak untuk menyelamatkan diri kita dari mudarat.
Contohnya, kalau tangan terkena seterika panas, bayangkan kalau rasa sakit itu tidak wujud, sampai kesudah kita tidak sedar yang seterika panas itu telah memudaratkan sebahagian besar jari kita.
Jadi sakit itu nikmat, setuju tak?

Tapi kenapa hati tidak memancarkan rasa sakit?
Jom kita ulang kaji fisiologi dan biokimia.
Hati merupakan organ yang fascinating bak kata Inggerisnya.
Mempunyai kemampuan untuk regenerasi yang menakjubkan.
Ini disebabkan fungsi hati itu sendiri yang banyak menyebabkan sel-sel hati termusnah.
There are the toxics, there are the multiple functions to serve.
Yes, liver is no doubt the most efficient multitasking organ in my opinion.

Jadi pada pandangan saya, disebabkan oleh faktor tugasnya yang memerlukan hati didedahkan dengan bahan toksik ditambah pula dengan reputasi hati sebagai organ yang paling tinggi suhunya di dalam badan (40 darjah selsius), logiklah sekiranya hati tidak dibekalkan dengan sense's nerve ending.
Mampukah kita merasakan sakit sepanjang masa yang disebabkan oleh kehadiran bahan toksik di dalam hati yang mempunyai deria rasa?
Betapa teraturnya perancangan Allah.
Hati itu sendiri sedang berbicara dengan kita tentang kehebatan Allah (celup dan modifikasi ayat Kak Lene)

Akhir kalam, jangan jadi seperti lilin yang membakar dirinya sendiri untuk menerangi orang lain. Lilin akhirnya terkorban untuk memberikan nyalaan tak seberapa kepada orang lain.
But be like the liver which detoxifies for the benefit of other organs yet still regenerating and rejuvenating itself.


Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan
siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang
Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati
(kering)-nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis hewan, dan pengisaran angin dan awan
yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan
kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan. (QS. Al Baqarah [2]:164).

Love your liver, stay clear of beer ^,^

Monday, June 28, 2010

Cinta lama, tapi masih tersisa :)

Salam semua.

Alhamdulillah, tadi selesai exam terakhir untuk fourth year ni (tp result hari jumaat, makanya doa kena continue).

Siapa suka puisi kat sini? *angkat tangan, tgk kiri kanan cari geng* Hehe, saya suka sangat-sangat. Tahun 2000; masa tu sedang berbincang point-point untuk pertandingan bahas peringkat daerah tak silap, tapi saya masih junior maka kena dengar je apa yangsenior-senior bincangkan untuk timba pengalaman; bosan agaknya sebab tu capai satu buku koleksi puisi dan baca. Terus jatuh cinta dengan salah satu puisi karya Kemala (seorang sasterawan negara).

Sejak tu mula tulis puisi, masih ada beberapa dalam simpanan. Bila baca puisi, lagi-lagi tahap yang hampir tak faham sebab abstrak sangat, tu la yang lagi best. Keindahan perbezaan interpretasi dan sejauh mana baris-baris puisi dapat menyeluk hati memang satu nikmat. Lebih kurang macam nikmat dapat makan sedap. Hehe.

Bila cerita pasal puisi mesti la sebab nak letak puisi kat sini kan. Saya sharekan satu puisi yang saya ambil dari YahooGrup GKLN; karya seorang ahli GKLN (Grup Karyawan Luar Negara) yang sangat saya segani, saudara Fahd Razy. Entah bila nak dapat menulis macam dia pun tak tau. Hehe. Baca dulu ye, kite ulas kat bawah.


Kebenaran

(untuk Si Pendebat Cordelia)


Tubuh yang tak dimakan api

seperti Ibrahim yang mengasahnya

pada mata kapak

atau Bilal si sahaya abdi

yang lazat mengemamnya dalam “ahad, ahad

pun tidak lut jasmani

dicakar

seribu matahari dan cemeti.


Iya. Menjadi benar, kawan

bukanlah epal yang selalu manis

kerana fitrah yang enak

liur nafsu

juga bakal menjadi lunak.


Tetapi yang pasti ia seperti benih

perlu dilontar

ke gelanggang kemarau dan hujan

hujan dan kemarau

akan tumbuh ia

menjadi haq yang hijau.


Nanti kita petik buah hikmahnya

ranum yang sentiasa luruh

juga sama

kita yang makhluk menumpang teduh.


Iya. Menjadi benar, kawan

di tongkat Musa

laut pun menjadi darat.


Di lidah Muhammad

kita tergumam

pun membaca sebaris mukjizat.


- Fahd Razy

Upper Rathmines Road, Dublin

5 Mac 2009

Best tak? Baik cakap best, kalau tak saya nangis nih. MyEm0.Com Hehe.

Bila baca puisi ni, saya terkesan sebab kaitannya pada diri saya; bagi saya puisi ni ada mesej jalan da'wah. Kita tidak ada di dunia ini untuk bersenang-lenang dan melalui setiap hari dalam pusingan yang sama sehinggalah kita dijemput kembali (ada post best tentang jemputan kembali ni, nanti kita cerita lain kali). Cuba tengok manual jap, buka surah Al-Balad ayat 8-18. Letak sikit excerpt kat sini:

"Bukankah Kami telah memberikan kepadanya 2 buah mata, lidah dan 2 buah bibir. dan Kami telah menunjukkan kepadanya 2 jalan. Maka tidakkah sebaiknya (dengan hartanya itu) ia menempuh jalan mendaki lagi sukar? " 90:8-11

Allah dah beritahu yang seharusnya kita menempuh jalan mendaki lagi sukar, bukan jalan bersenang-lenang setelah dikurniakan pancaindera ni semua. Ambil iktibar daripada mereka yang terdahulu, yang tsabatnya tak pernah kalah. Lantas, memang seharusnya kita jadi benih seperti mereka; lontarkan diri kita ke dalam gelanggang (gelanggang ye, bukan taman) da'wah ini.

'Kemarau' dan 'hujan' yang bersilih ganti merupakan tarbiyah Allah untuk kita menjadi seorang yang lebih baik; baik tarbiyah susah mahupun senang, dalam miskin atau kaya, dalam gagal mahupun berjaya.

Da'wah dan tarbiyah tidak berhenti pada diri sendiri, tetapi usahanya sehingga yang lain turut menikmati hasilnya; dalam bait 'ranum yang sentiasa luruh dan menumpang teduh'. Cantik kan, hasil yang baik bukan sahaja sentiasa diberi, malahan dikongsi bersama (macam jumpa restoran sedap, mestilah nak da'wah pada kawan kan?).

Tetapi harus diingat, semuanya berbalik kepada kekuasaan Allah; kita mengharap redha Allah, cinta Allah. Itu saja. Peringatan untuk diri sendiri taky.

Harap bermanfaat untuk yang membacanya, insyaAllah.


P.B. S: Mood tak sabar nak balik Malaysia; saya ada cita-cita besar, semoga Allah mudahkan.


Friday, June 18, 2010

Masa, Time, Hodin

Assalamualaikum semua.
Di sini ingin bicara tentang masa. bukan tentang dekad, abad mahupun jam dan saat.
Tapi moh kita renungkan tentang tahun dan hari-hari yang berlalu.
Sedar tak, kita sangat mengambil berat pergantian tahun.
Bila new year, kebanyakan kita akan refleksi apa yang dah terjadi di tahun yang baru sahaja menutup tirainya.
Kita susun atur resolusi untuk tahun yang baru.

Bila ulang tahun, kita kenangkan hayat yang dah kita lalui.
Kita wonder, now I am 21, I must do something.

Tapi berapa banyak antara kita yang mengambil berat tentang pergantian siang dan malam.
Mengambil berat di sini bukanlah dalam konteks mengagumi mega senja atau horizon sunrise.
Alhamdulillah dapat lihat langit yang cantik
Dapat lihat langit senja yang dihiasi ratusan burung pulang ke sarang (rindu suasana ini)
Tapi pernahkan antara kita memikirkan tentang pergantian malam dan siang sebagai transisi masa, macam kita memikirkan pergantian tahun.

Dalam al- Quran, banyak disebut-sebut,
sesungguhnya pada kejadian malam dan siang,
pada pergantian malam dan siang
dan Dia menundukkan malam dan siang

Dapat apa yang saya cuba sampaikan?
Allah tidak bercakap tentang pergantian tahun, bukan jugak bercakap tentang bulan demi bulan
Allah menekankan malam dan siang.
Bulan dan matahari.

Akhir sekali, jom kita sama-sama bersyukur sebab kita dapat rasa malam yang sama panjang dengan siang, malam yang pendek dari siang dan malam yang lebih panjang dari siang.
Bukan semua orang dapat rasa macam ni.
Sekian sahaja dari saya. =)

Saturday, May 29, 2010

Surat cinta terakhir

Assalamualaikum.

Lama tertangguh tak tulis apa-apa MyEm0.Com

Post kali ni adalah imbasan kembali surat cinta terakhir daripada seorang kekasih

Surat cinta ini disampaikan pada 9 Zulhijjah tahun 10 Hijrah; di lembah Uranah, Gunung Arafah. Di dalamnya terkandung 10 pesanan penting:

1. Anggaplah bahawa jiwa dan harta setiap orang Muslim itu sebagai amanah yang suci.

2. Jangan sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.

3. Allah mengharamkan riba'.

4. Berwaspada terhadap syaitan demi keselamatan agama, dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah agar tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

5. Suami mempunyai hak ke atas isteri, dan isteri juga mempunyai hak ke atas suaminya. Layanilah wanita-wanita kamu dengan sebaiknya, dan jangan berzina.

6. Peringatan kembali 5 rukun Islam: sembahlah Allah, dirikan solat 5 kali sehari, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat dan mengerjakan haji sekiranya mampu.

7. Setiap Muslim adalah bersaudara; tiada beza antara satu sama lain kecuali dalam soal taqwa dan amal soleh.

8. Suatu hari nanti kamu akan menemui Allah untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu kerjakan di muka bumi.

9. Tiada lagi Nabi dan Rasul selepas Nabi Muhammad dan tidak akan lahir agama baru. Berpegang teguhlah kepada Al-Quran dan As-Sunnah nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.

10. Hendaklah orang yang mendengar ucapan ini (dalam konteks ini, kamu membaca) menyampaikan kepada orang lain, dan orang itu menyampaikan pula kepada orang lain.

Kamu tau kan siapa kekasih yang dimaksudkan? Surat cinta di atas adalah petikan isi khutbah wida' oleh Rasulullah.


P.B.S: semoga exam dan urusan kamu semua dipermudahkan Allah!

Saturday, May 22, 2010

Fund Appeal for baby Mu'az Firdausi!

taken from:here

First of all, I would like to thank all of you who has already been helping us by making continous du’a, monetary donations, as well as moral support to me,my wife Hazilla,a nd our young mujahid Mr. Muaz Firdausi bin Khairul Izham. I can only hold my hands up and pray to Allah that He may grant all of you al-Jannah for the things that you have done in making this easier for us.

For those who doesnt know the story yet,
my wife gave birth to our first son on the 19th May 2010. However, it was a premature birth where our baby was delivered 13 weeks before my wife’s expected delivery date. This totally caught us by surprise as from the last check up that we had a week earlier we were told by the doctor that everything up to that point has been fine.

Whilst we felt very thrilled and grateful that Allah has given us our eagerly-awaited young mujahid in the shape of the little Mu’az Firdausi, the timing of it did caught us by surprise as we were actually planning to deliver the baby in Malaysia. In Czech, all pregnant women must have a pregnancy insurance cover which would entitle them to care and treatment in the hospital. However, the insurance was quite expensive and we have decided against taking the insurance as we would not be able to bear the financial side of it,plus we were planning to have our baby delivered in Malaysia anyway. Little did we know that The Almighty has had a different plan.



As with other premature babies, our little Muaz Firdausi would need to be cared for in a special unit with an incubator and everything for about 40 days if everything goes smoothly.Without the insurance, we are going to have to bear all the cost ourselves..and the cost for using the incubator per day is 25000kc which would translate into around EUR1000 per day. So in total we are looking at a figure of EURO 40 000 just to make sure that our little Muaz get every little help he needed to survive this test Allah has given him(and us) since day one of his life.

Therefore, we would really appreciate if any of you who would be willing to contribute financially to lessen our burden here though this centralized appeal account organized by Majlis Syura Muslimun(MSM) UK & Ireland who has kindly agreed to act as a donation point for us. Even if you cant help out financially and making du’a is pretty much the only thing u can contribute, we would still be eternally grateful for that as well.

So the account details are:

1. Account No UK/Eire: 31458272(HSBC)
Sort Code: 40-31-17
Account Name: MSM Appeal
Reference : Muaz Firdausi

2. For Malaysia donations,you can use my mother’s bank account for the time being:

Bank: AgroBank

Name: Wan Rana Wan Hamat

Acc No: 200-1593-0000-93725

3. Paypal link: click here


Finally, thank you so much for your time reading this appeal…on behalf of our little family I thank you in advance for each and every little help that you’re giving us, may Allah reward all of you with His Jannah, ameen.

P.B.S: jom tolong baby Mu'az! fastabiqul khairat!

" Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki), dan kepadaNyalah kamu dikembalikan" 2:245

Wednesday, May 12, 2010

~13:11~

Assalamualaikum sume, ni sume mesti masih terasa keseronokan 'Fantagiro' ngan gua 'ice', huhu, alhamdulillah sume berjalan lancar, sy just nak share balik sebahagian ayat tadabur kite dr surah Ar-Ra'd : 11,

'Baginya (manusia) ada malaikat-malaikat yang selalu menjaganya bergiliran, dari depan dan belakangnya. Mereka menjaganya atas perintah Allah. SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK AKAN MENGUBAH KEADAAN SUATU KAUM SEBELUM MEREKA MENGUBAH KEADAAAN DIRI MEREKA SENDIRI. Dan apabila Allah mengkehendaki keburukan terhadap suatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya dan tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia'

Dalam konteks HK muslim sy tersentuh pasal usaha mendirikan Islamic Centre, bayangkan jika kita sume cume berdoa tanpa usaha agar IC tu wujud ngan sendirinya? Tiba-tiba esok IC tu dah ada di depan Futurum tu, mesti perasaan 'belonging' tu tiada dan kite kurang menghargainya, ini pendapat saya saje, namun rasanye sume org pasti merasainye.

Begitu juga dalam kehidupan seharian, bak kata k.Madiha, Islam memberi panduan hidup, tapi pelaksanaan dan caranya pelbagai, maksudnya kita boleh menjadi kreatif (lebih kurang ni la ayatnya, huhu), yang penting kite perlu letak usaha dalam mencapai matlamat kita, hasilnya? hanya Dia yang tahu dan perancanganNya always the best. Yang pasti hasil setelah usaha lebih manis perasaannya kan :-)...

Dan memandangkan musim exam dah tiba (welcome2x), InsyaAllah sume orang berusaha yg termampu serta tawakal dan moga dengan itu kite boleh balik Malaysia (tahun ni nak raya, sob2x) dan jom pergi program2x yg ada, at least boleh rapatkan hubungan dan share something sesama kite dan juga org2x di sana.

ar-Rumaisa boleh! InsyaAllah, and thanks for the lovely moment...

Tuesday, May 4, 2010

Syu'ur Al-Uluhiyyah (Rasa BerTuhan)


Kalau manusia mengenali Tuhannya
Hancur luluh hatinya..
Lembutlah jiwanya..
Tak sempat mengingati perkara yang lain..
Hati dan jiwanya..
Semata-mata terpaku dengan Tuhannya..

Jika manusia mengenali kehebatan
KeAgungan Tuhannya..
Kecutlah perutnya..
Kalau manusia sentiasa sedar
Pendengaran, penglihatan, dan pengetahuannya..

Tuhan tidak pernah lekang dari manusia
Nescaya manusia itu..
Tawaduk merendah diri dibumi Tuhannya

Jika manusia rasa berTuhan..
Hidup hatinya, matilah angan-angan..
Takut pun datang menerpa di hatinya..
Manusia akan sibuk dengan Tuhannya..
Tak sempat memikirkan diri orang lain..
Takut dan bimbang tak sempat mengubah..

Kalau Tuhan sentiasa dihati..
Perasaan mencengkam dihati..
Mengenang pula nikmat..
Nikmat Tuhan yang banyak
Bertambah perasaan cinta dan takut..

Cinta kerana nikmat dan kasih sayangNya
Takut kalau nikmat ditarik semula..
Kalau terbuat dosa akan diazabnya..

Begitulah kalau seseorang hamba
Mengenali Tuhannya..
Hatinya sangat sibuk dengan Tuhannya..
Dunia dan nikmatNya tidak mempengaruhinya
sekalipun dunia ditangannya....

Thursday, April 29, 2010

Links Bouzov

http://www.hrad-bouzov.cz/

sila gunakan google translator dan besar kemungkinan kena book dulu. then boleh la tanya kalau2 kita boleh buat tour sendiri. and kalau tak boleh, cuba tengok berapa yg kena charge if we are to do group tour in english. selain itu ajk yg kena cr psl castle ni pls take note yg tour ada mcm2 jenis tour.
selamat merancang!

Tuesday, April 27, 2010

ni laa taqwa :)

assalamualaikum semua..

kite buat marathon entry. ehehe. compensate balek lame da tak post kan.
ni ade 1 klip vdeo. kakak ghuraba' yg bg, rasenye org laen pon da tgk jugak kan. tp just nk share klo ade visitor luar jugak yg singgah sini. :D



sweet kan?

menguap & bersin.

assalamualaikum semua..

sy telah memfollow seseorang di twitter.

dan ni ada 1 link yg dy bagi. maka sy pon terasa nk mempost di sini.
jadi.. ambiklaa pengajaran ye. :D

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a., daripada Nabi s.w.a., bahwasanya baginda bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah Ta'ala suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillaah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya mengucapkan 'Yarhamukallaah!'. Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya.

Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said Al-Khudri r.a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka).

Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan At-Termizi daripada nabi s.a.w., katanya yang bermaksud: Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi haaa haaa, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu.

Monday, April 26, 2010

Bouzov

Assalamualaikum kepada semua. seperti yang telah dipersetujui, inshaallah kita akan adakan lawatan ke Bouzov pada next week hari Rabu. Anybody yang rasa tak boleh ikut sila beritahu ok. Plus, peringatan untuk diri sendiri dan Qibah, Zeti, Ila, sila baca kidney awal2 kerana kita ada test kidney ya pada minggu depan.
Second, apa cerita Pak Cik Peter?
Third, sy rs tugas2 yg perlu ada or yang perlu diwujudkan ialah sapa nak tengok apa tentatif kita, then sapa2 yang nak buat makanan dan siapa yang uruskan pasal solat, barang yg nak bawa (jus, tikar piknik dan bakul piknik mungkin).
Sekian shaja dari saya

Thursday, April 22, 2010

Dari kaca mata hatiku~

Assalamualaikum semua ^_^

firstly, nk mntk maaf sbb dh lame menyepi di cni.
ms xm period dlu (feb) sy xsihat sbb demam
pastu march sy sakit perut lama gak.hmpir sebulan. setiap minggu 2 kali wat appointment tp xdpt2 jupe dr. radocha sbb die bz.huhu. sy xsure skt perut tu sbb ape tp die akn start 3am smpi 9am cmtu. setiap hari. sy letih sgt ms tu n sy rs nk lari.nk lari dr studies or usrah ke or ape2 activities. tp march tu sgtla sibuk. every weekends de programme. hanya Allah jela yg tau. alhamdulillah, xsgke sy boleh bertahan.

insyaAllah hr ni nk share kata-kata Tuhan Maha Agung.
indah
sarat dgn tggjwb
janji2 manis
rahmat dan kasih sayang-Nya
azab2 derita..............
kdg2 bikin sy xtdo malam..
buat sy malu pada diri sndiri
rasa sungguh kerdil dan hina..
penuh motivasi dan peransang..
itulah kata-kata agung yg tiada tara ^_^


94: Maka sampaikanlah (Muhammad) secara terang-terangan segala apa yg diperintahkan kepadamu dan berpalinglah dari org2 musyrik.

95: Sesungguhnya Kami memelihara engkau (Muhammad) dari kejahatan org yg memperolok-olokkan engkau,

96: iaitu org yg menganggap adanya Tuhan selain Allah; mereka kelak akan mengetahui akibatnya.

97: Dan sungguh, Kami mengetahui dadamu menjadi sempit disebabkan apa yg mereka ucapkan,

98: Maka bertasbihlah dgn memuji Tuhanmu dan jadilah engkau di antara org yg bersujud (solat),

99: sampai yakin ajal sampai kepadamu.


ms bace ayat2 di atas, sy rs mule2 Allah bg perintah kat sy- SAMPAIKAN DGN TERANG. sy pk2 aduila selama ni sy dh jalankan ke blom tggjwb ni.. dgn terang tu lain cerita pulak. sy perasan sy kurang ability utk explain. byk bnde sy pk sy ssh nk express wlupn org nmpk sy mcm outspoken tp byk bnde sy xreti nk explain n simpan je.

pastu Allah pujuk nabi. xpe2.. bia org ejek ke sakiti engkau ke xpe. Aku akn pelihara. NAH!! ini ayat motivasi, buat kita semua kan? pastu Allah tau nabi or org yg smpaikan islam ni actually kecik je hati, rimas je, kecewa je ngn org2 yg menentang or ejek mereka tp in the end diorg ni akn dpt azab Allah.

So, kalaulah kite encounter masalah ni Allah bg kite jalan keluar- BERTASBIHLAH dan BERSUJUDLAH..sesungguhnya Allah jualah tmpt kite bergantung harap smpailah hembusan nafas yg terakhir.

p/s: buat ahli rumaisa sekalian, sy syg korg. hihi. kdg2 xterucap dgn kata2 tp insyaAllah nadi kita serupa. matlamat kita satu..wassalam~


Monday, April 19, 2010

The Awakened

Assalamualaikum semua.

Promosi! promosi! MyEm0.Com


P.B.S: Poster pun dah cantik, apetah lagi isinya nanti insyaAllah. Jom ramai-ramai!

Tuesday, April 13, 2010

~Doa Harian(1)~

Salam semua,
Masa semua sekolah agama waktu kecil-kecil dulu, pasti semua hafal doa-doa harian dengan lancarnya kan?. Alhamdulillah bagi siapa yang masih ingat dan sentiasa amalkan. Diri ini sendiri banyak terlupa doa harian kerana tak mengamalkannya sebelum ini. Doa harian ini bukan suatu kewajipan, kerana dengan lafaz Bismillah dan Alhamdulillah pun sudah cukup, cuma berdoa dengan spesifik itu pun lagi bagus kan. Mari kita amalkan yang ini dahulu :



Doa Sebelum Tidur



Doa Bangun Tidur




Doa Ketika Masuk Tandas



Doa Ketika Keluar Tandas


Doa Ketika Melihat Cermin:


Kebetulan sekarang ini musim hujan :

Doa Apabila Melihat Hujan




Setakat ini dahulu, boleh juga sesiapa hendak menambah :-)

Saturday, March 27, 2010

Teka-Teki

Assalamualaikum semua J

Disebabkan kitorang ni suka betul main teka-teki (ni semua gara-gara cik alter ego..hehe), maka saya pun nak buat post pasal teka-teki. Mula-mula sekali kita recap dulu teka-teki yang senang-lenang..hehe.

Teka-teki 1: Burung apa yang paling penyayang?
Haa..jawab jangan tak jawab, comel teka teki ni ;)

Teka-teki 2: Kuih apa yang dimakan tepinya sahaja, kita tak makan tengahnya?
Hehe. senang ni, kan baru buat semalam dalam projek bulanan usrah ;)

Ok, sekarang masuk teka-teki separa susah.

Teka-teki 3a: Seekor ulat gonggok mempunyai 100 batang kaki, 50 di kanan dan 50 di kiri. Ulat gonggok ni sedang berjalan-jalan dan kemudian apabila tiba di persimpangan dilema (ceh ceh) dia belok ke kiri. Berapa batangkah kaki ulat gonggok yang tinggal?
Fikir cepat-cepat, jangan lama-lama ye kawan-kawan. Hehe.

Teka-teki 3b: Selepas membelok, ulat gonggok tadi pun meneruskan perjalanannya..tiba-tiba jalan di hadapannya penuh najis tetapi ulat gonggok tetap tabah meneruskan perjalanannya. Soalannya sama macam tadi, berapa batangkah kaki ulat gonggok yang tinggal?
Ni sambungan teka-teki kat atas, sebab tu dia 3a dan 3b. Hehe. Jawab ye ;)

Semua teka-teki ni akan diberitahu jawapannya nanti dalam ruangan komen kot tetapi ada lagi satu teka-teki terulung yang mana tujuan asal saya menulis post ni dan jawapannya akan diberi sekarang jugak! J

Teka-teki terulung: Apakah dia; yang ringan di lidah tetapi berat di timbangan serta dicintai oleh Allah?
Senang aje..boleh jawab ni, kamu semua kan hebat-hebat belaka ;)

Rasulullah saw bersabda, “Dua kalimat yang ringan di lidah, berat dalam timbangan, dicintai Allah Yang Maha Pengasih, (yaitu),

سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ

“Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya, Maha Suci Allah Yang Maha Agung.” (HR. Bukhari dan Muslim)


Jom nyanyi sama-sama!

Itu aje. Jumpa lagi di post akan datang, tentunya lebih menarik insyaAllah dengan '10 wasiat terakhir Nabi saw' J


P.B.S: Bertarung dengan Sports Medicine di Baitul Mulk. Iyah! Iyah! Haippp!