Salam semua.
Alhamdulillah, tadi selesai exam terakhir untuk fourth year ni (tp result hari jumaat, makanya doa kena continue).
Siapa suka puisi kat sini? *angkat tangan, tgk kiri kanan cari geng* Hehe, saya suka sangat-sangat. Tahun 2000; masa tu sedang berbincang point-point untuk pertandingan bahas peringkat daerah tak silap, tapi saya masih junior maka kena dengar je apa yangsenior-senior bincangkan untuk timba pengalaman; bosan agaknya sebab tu capai satu buku koleksi puisi dan baca. Terus jatuh cinta dengan salah satu puisi karya Kemala (seorang sasterawan negara).
Sejak tu mula tulis puisi, masih ada beberapa dalam simpanan. Bila baca puisi, lagi-lagi tahap yang hampir tak faham sebab abstrak sangat, tu la yang lagi best. Keindahan perbezaan interpretasi dan sejauh mana baris-baris puisi dapat menyeluk hati memang satu nikmat. Lebih kurang macam nikmat dapat makan sedap. Hehe.
Bila cerita pasal puisi mesti la sebab nak letak puisi kat sini kan. Saya sharekan satu puisi yang saya ambil dari YahooGrup GKLN; karya seorang ahli GKLN (Grup Karyawan Luar Negara) yang sangat saya segani, saudara Fahd Razy. Entah bila nak dapat menulis macam dia pun tak tau. Hehe. Baca dulu ye, kite ulas kat bawah.
Kebenaran
(untuk Si Pendebat Cordelia)
Tubuh yang tak dimakan api
seperti Ibrahim yang mengasahnya
pada mata kapak
atau Bilal si sahaya abdi
yang lazat mengemamnya dalam “ahad, ahad”
pun tidak lut jasmani
dicakar
seribu matahari dan cemeti.
Iya. Menjadi benar, kawan
bukanlah epal yang selalu manis
kerana fitrah yang enak
liur nafsu
juga bakal menjadi lunak.
Tetapi yang pasti ia seperti benih
perlu dilontar
ke gelanggang kemarau dan hujan
hujan dan kemarau
akan tumbuh ia
menjadi haq yang hijau.
Nanti kita petik buah hikmahnya
ranum yang sentiasa luruh
juga sama
kita yang makhluk menumpang teduh.
Iya. Menjadi benar, kawan
di tongkat Musa
laut pun menjadi darat.
Di lidah Muhammad
kita tergumam
pun membaca sebaris mukjizat.
- Fahd Razy
Upper Rathmines Road, Dublin
5 Mac 2009
Bila baca puisi ni, saya terkesan sebab kaitannya pada diri saya; bagi saya puisi ni ada mesej jalan da'wah. Kita tidak ada di dunia ini untuk bersenang-lenang dan melalui setiap hari dalam pusingan yang sama sehinggalah kita dijemput kembali (ada post best tentang jemputan kembali ni, nanti kita cerita lain kali). Cuba tengok manual jap, buka surah Al-Balad ayat 8-18. Letak sikit excerpt kat sini:
"Bukankah Kami telah memberikan kepadanya 2 buah mata, lidah dan 2 buah bibir. dan Kami telah menunjukkan kepadanya 2 jalan. Maka tidakkah sebaiknya (dengan hartanya itu) ia menempuh jalan mendaki lagi sukar? " 90:8-11
Allah dah beritahu yang seharusnya kita menempuh jalan mendaki lagi sukar, bukan jalan bersenang-lenang setelah dikurniakan pancaindera ni semua. Ambil iktibar daripada mereka yang terdahulu, yang tsabatnya tak pernah kalah. Lantas, memang seharusnya kita jadi benih seperti mereka; lontarkan diri kita ke dalam gelanggang (gelanggang ye, bukan taman) da'wah ini.
'Kemarau' dan 'hujan' yang bersilih ganti merupakan tarbiyah Allah untuk kita menjadi seorang yang lebih baik; baik tarbiyah susah mahupun senang, dalam miskin atau kaya, dalam gagal mahupun berjaya.
Da'wah dan tarbiyah tidak berhenti pada diri sendiri, tetapi usahanya sehingga yang lain turut menikmati hasilnya; dalam bait 'ranum yang sentiasa luruh dan menumpang teduh'. Cantik kan, hasil yang baik bukan sahaja sentiasa diberi, malahan dikongsi bersama (macam jumpa restoran sedap, mestilah nak da'wah pada kawan kan?).
Tetapi harus diingat, semuanya berbalik kepada kekuasaan Allah; kita mengharap redha Allah, cinta Allah. Itu saja. Peringatan untuk diri sendiri taky.
Harap bermanfaat untuk yang membacanya, insyaAllah.
P.B. S: Mood tak sabar nak balik Malaysia; saya ada cita-cita besar, semoga Allah mudahkan.
5 comments:
Salam.
I sukaaaa!!!!!
cita2 besar?apa itu?
waalaikumsalam.
i tau u pun mesti suka puisi mcm i. hehe ^_^ we are the same. wheee~
cita2 besar tu? haha. biarlah rahsia~ (kasi can i bajet siti nurhaliza jap) :P
byk cita2 besar tu, salah satunya i harap utk jd lebih produktif di msia :D
what about you? :)
salam, lama x jenguk rumaisa..hehe..
k.lene, nk like2 bleh? hehe
Kak lene, i like,like,like!!! ^__________^
masyaAllah, puisi tu saaangaaaat best..terkesima bile bace bait demi bait *uhh,nk b'sastera gak**
kak lene xmaw tunjuk hasil karya sniri ke?hihihi
tq 4 sharing~♥
u buat I rindukan pantun. cita2 I tak besar tapi perlukan kesungguhan yang tinggi.
I mungkin akan menarik diri dari alam maya. mahu fokus kepada realiti
Post a Comment