Monday, June 28, 2010

Cinta lama, tapi masih tersisa :)

Salam semua.

Alhamdulillah, tadi selesai exam terakhir untuk fourth year ni (tp result hari jumaat, makanya doa kena continue).

Siapa suka puisi kat sini? *angkat tangan, tgk kiri kanan cari geng* Hehe, saya suka sangat-sangat. Tahun 2000; masa tu sedang berbincang point-point untuk pertandingan bahas peringkat daerah tak silap, tapi saya masih junior maka kena dengar je apa yangsenior-senior bincangkan untuk timba pengalaman; bosan agaknya sebab tu capai satu buku koleksi puisi dan baca. Terus jatuh cinta dengan salah satu puisi karya Kemala (seorang sasterawan negara).

Sejak tu mula tulis puisi, masih ada beberapa dalam simpanan. Bila baca puisi, lagi-lagi tahap yang hampir tak faham sebab abstrak sangat, tu la yang lagi best. Keindahan perbezaan interpretasi dan sejauh mana baris-baris puisi dapat menyeluk hati memang satu nikmat. Lebih kurang macam nikmat dapat makan sedap. Hehe.

Bila cerita pasal puisi mesti la sebab nak letak puisi kat sini kan. Saya sharekan satu puisi yang saya ambil dari YahooGrup GKLN; karya seorang ahli GKLN (Grup Karyawan Luar Negara) yang sangat saya segani, saudara Fahd Razy. Entah bila nak dapat menulis macam dia pun tak tau. Hehe. Baca dulu ye, kite ulas kat bawah.


Kebenaran

(untuk Si Pendebat Cordelia)


Tubuh yang tak dimakan api

seperti Ibrahim yang mengasahnya

pada mata kapak

atau Bilal si sahaya abdi

yang lazat mengemamnya dalam “ahad, ahad

pun tidak lut jasmani

dicakar

seribu matahari dan cemeti.


Iya. Menjadi benar, kawan

bukanlah epal yang selalu manis

kerana fitrah yang enak

liur nafsu

juga bakal menjadi lunak.


Tetapi yang pasti ia seperti benih

perlu dilontar

ke gelanggang kemarau dan hujan

hujan dan kemarau

akan tumbuh ia

menjadi haq yang hijau.


Nanti kita petik buah hikmahnya

ranum yang sentiasa luruh

juga sama

kita yang makhluk menumpang teduh.


Iya. Menjadi benar, kawan

di tongkat Musa

laut pun menjadi darat.


Di lidah Muhammad

kita tergumam

pun membaca sebaris mukjizat.


- Fahd Razy

Upper Rathmines Road, Dublin

5 Mac 2009

Best tak? Baik cakap best, kalau tak saya nangis nih. MyEm0.Com Hehe.

Bila baca puisi ni, saya terkesan sebab kaitannya pada diri saya; bagi saya puisi ni ada mesej jalan da'wah. Kita tidak ada di dunia ini untuk bersenang-lenang dan melalui setiap hari dalam pusingan yang sama sehinggalah kita dijemput kembali (ada post best tentang jemputan kembali ni, nanti kita cerita lain kali). Cuba tengok manual jap, buka surah Al-Balad ayat 8-18. Letak sikit excerpt kat sini:

"Bukankah Kami telah memberikan kepadanya 2 buah mata, lidah dan 2 buah bibir. dan Kami telah menunjukkan kepadanya 2 jalan. Maka tidakkah sebaiknya (dengan hartanya itu) ia menempuh jalan mendaki lagi sukar? " 90:8-11

Allah dah beritahu yang seharusnya kita menempuh jalan mendaki lagi sukar, bukan jalan bersenang-lenang setelah dikurniakan pancaindera ni semua. Ambil iktibar daripada mereka yang terdahulu, yang tsabatnya tak pernah kalah. Lantas, memang seharusnya kita jadi benih seperti mereka; lontarkan diri kita ke dalam gelanggang (gelanggang ye, bukan taman) da'wah ini.

'Kemarau' dan 'hujan' yang bersilih ganti merupakan tarbiyah Allah untuk kita menjadi seorang yang lebih baik; baik tarbiyah susah mahupun senang, dalam miskin atau kaya, dalam gagal mahupun berjaya.

Da'wah dan tarbiyah tidak berhenti pada diri sendiri, tetapi usahanya sehingga yang lain turut menikmati hasilnya; dalam bait 'ranum yang sentiasa luruh dan menumpang teduh'. Cantik kan, hasil yang baik bukan sahaja sentiasa diberi, malahan dikongsi bersama (macam jumpa restoran sedap, mestilah nak da'wah pada kawan kan?).

Tetapi harus diingat, semuanya berbalik kepada kekuasaan Allah; kita mengharap redha Allah, cinta Allah. Itu saja. Peringatan untuk diri sendiri taky.

Harap bermanfaat untuk yang membacanya, insyaAllah.


P.B. S: Mood tak sabar nak balik Malaysia; saya ada cita-cita besar, semoga Allah mudahkan.


Friday, June 18, 2010

Masa, Time, Hodin

Assalamualaikum semua.
Di sini ingin bicara tentang masa. bukan tentang dekad, abad mahupun jam dan saat.
Tapi moh kita renungkan tentang tahun dan hari-hari yang berlalu.
Sedar tak, kita sangat mengambil berat pergantian tahun.
Bila new year, kebanyakan kita akan refleksi apa yang dah terjadi di tahun yang baru sahaja menutup tirainya.
Kita susun atur resolusi untuk tahun yang baru.

Bila ulang tahun, kita kenangkan hayat yang dah kita lalui.
Kita wonder, now I am 21, I must do something.

Tapi berapa banyak antara kita yang mengambil berat tentang pergantian siang dan malam.
Mengambil berat di sini bukanlah dalam konteks mengagumi mega senja atau horizon sunrise.
Alhamdulillah dapat lihat langit yang cantik
Dapat lihat langit senja yang dihiasi ratusan burung pulang ke sarang (rindu suasana ini)
Tapi pernahkan antara kita memikirkan tentang pergantian malam dan siang sebagai transisi masa, macam kita memikirkan pergantian tahun.

Dalam al- Quran, banyak disebut-sebut,
sesungguhnya pada kejadian malam dan siang,
pada pergantian malam dan siang
dan Dia menundukkan malam dan siang

Dapat apa yang saya cuba sampaikan?
Allah tidak bercakap tentang pergantian tahun, bukan jugak bercakap tentang bulan demi bulan
Allah menekankan malam dan siang.
Bulan dan matahari.

Akhir sekali, jom kita sama-sama bersyukur sebab kita dapat rasa malam yang sama panjang dengan siang, malam yang pendek dari siang dan malam yang lebih panjang dari siang.
Bukan semua orang dapat rasa macam ni.
Sekian sahaja dari saya. =)