Saya ke London sewaktu cuti Krismas tahun 2009.
Hari itu hari Krismas, kota London sunyi, dan sepanjang saya di luar pada hari itu, hanya satu kedai sahaja yang dibuka.
Lewat tengah hari, kami ke Tower Bridge.
Ambil seribu gambar, lihat sungai, lihat bot, lihat jambatan kemudian bergerak pergi.
Jalan raya kosong tiada kenderaan (mungkin ada satu dua kereta yang lalu dalam jangka masa sepuluh minit), tapi lampu isyarat masih berfungsi.
Jalan lengang + lampu merah = dilarang melintas ~~ ini bagi orang yang ada nikmat faham dan patuh.
Saya faham. Saya tidak patuh. Jadi, jalan lengang + lampu merah = boleh melintas.
Ada keluarga bersama anak kecil di situ. Saya ulang, anak kecil.
Sedang saya melintas, saya terdengar perbualan anak kecil dan bapanya. Bunyinya lebih kurang begini
Anak kecil : Why don't we cross?
Bapa : The traffic light is red. We can't cross when it's red.
Rasa kebas muka saya yang memang sedia kebas sebab sejuk berjalan setangah hari di kota London pada hari Krismas itu.
Saya rasa sangat malu dan bersalah.
Itu perasaan saya pada 25/12/2009.
Sekarang tahun 2011, saya ada kekesalan selain dari perasaan malu.
Saya kesal, saya tidak berkongsi pemahaman saya dengan budak kecil itu.
Saya, ketika itu sebagai seorang yang berumur 19 tahun dan sudah boleh berfikir dengan baik bukan sahaj terlepas peluang berkongsi rezeki (kefahaman saya tentang jalan lengang + lampu merah = dilarang melintas) dengan insan kecil itu, malah saya telah mengajarkan perkara yang salah kepada budak itu.
I hope you can see my point in a big picture.
Ada 3 perkara yang dapat menolong kita di akhirat, salah satunya ilmu yang baik yang kita ajarkan kepada orang dan orang itu mengamalkan ilmu itu.
Bagi saya, jalan lengang + lampu merah = dilarang melintas, itu ilmu.
Lain kali, kalau melintas jalan, kena guna laluan kuda belang, kalau ada lampu isyarat, kena patuh, walaupun tiada kereta.
Susah memang susah.
Walaupun nampak macam kau apahal, takdak kereta motor pun, lintas saja lah.
Kalau rasa macam tu, cepat ingatkan diri, tak apalah, mana tahu, ada budak tengan tengok dari tingkap ka.
Akhir kata, selamat melintas jalan. Semoga kamu sampai ke seberang dengan selamat.
Dan jangan lupa sebelum linta jalan, pastikan kanak-kanak yang nampak kamu lintas jalan tu tak sempat sampai seberang jalan bukan sebab kamu.
1 comment:
sentapnya. haha
Post a Comment