Salam semua, pantun2x ini tentang ringkasan hidup Ar-Rumaisa , seorang srikandi Islam yang mengagumkan, moga ada manfaatnya :
Ar-rumaisa nama diberi
Seorang wanita yang terpuji
Mari kita hayati kisah ini
Moga terkesan di hati
Sebelum Islam tiba di sana
Sudah terkenal dengan sifatnya
Cantik, baik serta bijaksana
Berkahwin dengan Malik sepupunya
Mus’ab bin Umair membawa berita
Tentang keislaman yang nyata
Menjadi antara ansar yang pertama
Mengucap syahadah dengan segera
Kemarahan Malik tidak terhingga
Yang menolak pegangan barunya
Lalu ditinggalkan bersama anaknya
Kerana iman mengatasi cintanya
Berkahwin lagi bukan dihajat
Mendidik Anas menjadi matlamat
Kepada Rasulullah dihantar berkhidmat
Demi mengutip ilmu bermanfaat
Ummu Sulaym juga gelarannya
Bukan calang perempuan yang ada
Abu Talhah mahu kepadanya
Islam diminta sebagai maharnya
Sungguh beruntung sang suami
Mendapat isteri yang mithali
Aqabah kedua mereka sertai
Menderma harta banyak sekali
Walau anak ditakdirkan pergi
Namun rumaisa tabah hatinya
Setelah tanggungjawab diberi
Baru dikhabar kepada suami
Abu Talhah marah bertemu baginda
Rasulullah memuji lantas bersabda
Mendapat Abdullah sebagai berkatnya
Menyambung tujuh waris yang berjaya
Hebatnya rumaisa uhud tidak dilupa
Merawat serta berjuang bersama
Peribadinya mulia sepanjang masa
Ar-Rumaisa kau contoh wanita mulia