Salam semua..sy nk share tazkirah yg sy dpt jumaat lps. sy sukela dgn tazkirah ni sbb byk pengajaran yg boleh sy ambil n yg plg pntg sekali ada satu drp 5 ni sy mmg berazam untuk capai...insyaAllah..sume doakan ye ^_6
kisah dia mcm ni...
kita kan tau ada nabi dan rasul. nabi2 kan manusia lelaki yg merdeka, yg diberi wahyu oleh Allah utk kegunaan dirinya sendiri.. n wahyu ni boleh dtg dlm pelbagai btk seperti mimpi ataupun suara..
tersebutlah kisah pada zaman dahulu seorang nabi mendapat wahyu melalui mimpi. dalam mimpinya, Allah memerintahkan nabi tersebut keluar dari rumahnya pada keesokan hari dan menuju ke barat. Allah seterusnya memerintahkan:
1) nabi tersebut makan perkara pertama yg dilihatnya
2) sembunyikan perkara kedua yg dilihatnya
3) terima perkara ketiga yg dijumpainya
4) jangan putus harapan terhadap perkara yg dihadapinya pada kali keempat
5) lari apabila berjumpa perkara kelima
maka, keesokan harinya, demi keredhaan Ilahi nabi tersebut keluar dr rumahnya n menuju ke barat. perkara pertama yg dijumpainya ialah sebuah bukit. nabi tersebut sgt terkejut (mcm manala nak mkn bukit ni..mau patah gigi kot..) tetapi atas dasar iman dan keyakinan pd penciptanya dia pn menghampiri bukit tersebut dan dgn izin Allah bukit tersebut mengecil sehingga menjadi sebuku roti. maka dgn rs syukur dan sng hati nabi memakn roti itu ^_^
kemudian, nabi meneruskan perjalanan dan terjumpa sebuah mangkuk emas. nabi menggali tanah dan menanam mangkuk tersebut, namun begitu, mangkuk tersebut terkeluar dr tanah. beberape kali nabi berusaha menanam mangkuk itu tetapi gagal. akhirnya nabi meninggalkan mangkuk itu. nabi berjalan lagi dan menemui seekor helang mengejar seekor burung yg kecil. burung kecil itu merayu kpd nabi utk menyelamatkannya. lalu nabi mengambil burung kecil itu dan meletakkannya di dalam baju nabi. melihatkan perbuatan nabi ini, helang pn berkata, "wahai nabi sesungguhnya burung kecil ini sajalah makananku hr ni. aku sdh mengejarnya semenjak pg td. biarkanlah ak memakannya. ak sungguh lapar." nabi berasa serba salah dan jatuh kasihan pada helang. lalu nabi memotong sedikit daging pehanya utk diberi kpd helang (alangkah mulianya hati nabi ^___^)
nabi meneruskan lg perjalanan dan terjumpa perkara terakhir, iaitu bangkai yg busuk. teringatkan perintah Tuhannya, nabi segera lari dr situ. smpi di rumah, nabi berdoa sblm tidur agar Allah memberi makna kelima2 perkara yg ditemuinya hari itu. maka dgn izin Allah nabi bermimpi akan jawapan kepada kelima2 perkara tersebut:
1) bukit = marah --> mula2 nmpk sukar n mustahil ttp jika bersabar insyaAllah jd mudah n ada kemanisan di hujungnya, insyaAllah =)
2) mangkuk emas = kebaikan --> wlupn kite berusaha menyembunyikannya ttp juga ternampak dek org ^_^
3) selamatkan burung kecil = amanah --> once kite terima amanah hndaklah memeliharanya wlupn byk halangan n cabaran. kan helang pn merayu kat nabi ttp disebabkan nabi telah terlebih dahulu menerima amanah dr burung kecil maka nabi perlu memelihara amanahnya wlupn timbul bergunung belas kasihan kpd helang..umm..mcm nila kita nak jadi kan, insyaAllah =)
4) potong peha beri pada helang = jgn putus harapan --> kan pada ms tu nabi pn buntu jugakla mendengarkan kata2 helang. tp kwn2 kite xleh putus harapan. fokus n pk apa kita perlu buat. insyaAllah, Allah tu maha pengasih n xkan bebankan kita dgn apa yg kte xmmpu. so wlupn pd wktu tu kalo lihat mcm xde harapan or solution je tp alhamdulillah nabi tersebut berjaya atasinya. dlm konteks kite sndiri, xdela potong peha secara literal kan tp kire kne pejam mata n buat sehabis baik. iA apa2 pn adalah takdir yg terbaik utk kita ^_^
5) bangkai = ghibah = mengumpat --> apabila kite dgr org mengumpat (seruan utk diri sndiri) cpt2la lari tinggalkan tmpt tu. tkt kan klo2 dok je situ kitu pn tmpang sekaki ke 2 kaki ke..sbbnya nt ms yaumul hisab ada org pelik tgk pahal bnde yg die xpernah buat pn. pastu Allah kate inilah pahalah org yg mengumpat kamu..huhu..dhle kite xsuke org yg kite mengumpat tu kan, sekali pahala kite dpt kat die pulak..mstila kite xmau kan. so, doakanlah sy ni agar jauh dr ghibah ni ye kwn2..scary mary..
terima kasih kat cik penjaja bijan atas tazkirah ni..n kalo pnjg sy type ni sorryla ye. moga2 bermanfaat insyaAllah. sy mohon maaf ats khilaf. sekian, hayya 'alal falah ^_^
all the best to all my dearest rumaisa for upcoming exams..internal medicine, bio n genetics, microb, pharmaco..bittaufiq wannajah, insyaAllah..umat islam kne cemerlang!!!!
No comments:
Post a Comment