Sunday, January 24, 2010

~Sakit???~

Salam semua,
ditakdirkan beberapa hari yg lepas saya terkena ketumbit di mata (saya tak tahu nama saintifiknya, huhu), dan ditakdirkan juga dua kali saya terbaca artikel mengenai mata, jadi saya nak share, yang pertama ini cerita yang diberi oleh Anis (katanya die teringat kat saya bile bace cerita ni):

Suatu hari Junaid Al-Banghdadi sakit mata. Ia diberitahu oleh seorang tabib, jika ingin cepat sembuh jangan sampai matanya terkena air.

Ketika tabib itu pergi, ia nekad berwudhu membasuh mukanya untuk sholat kemudian tidur. Anehnya, sakit matanya malah menjadi sembuh. Saat itu terdengar suara "Junaid menjadi sembuh matanya kerana ia lebih ridha kepada-Ku". Seandainya ahli neraka minta kepada-Ku dengan semangat Junaid niscaya Aku luluskan permintaannya." Kata suara itu.

Tabib yang melihat mata Junaid sembuh itu menjadi kehairanan, "Apa yang telah engkau lakukan?"

"Aku telah membasuh muka dan mataku kemudian sholat", ujarnya."

Tabib itu memang beragama Nashrani, dan setelah melihat peristiwa itu, dia beriman. "Itu ubat dari Tuhan yang menciptakan sakit. Dia pulalah yang menciptakan ubatnya. Aku ini sebenarnya yang sakit mata hatiku, dan Junaidlah tabibnya."

Moral yg boleh didapati: Kita jangan merungut jika mendapat sakit kerana sakit itu juga datang dari Allah dan kepadaNya juga kita memohon agar cepat sembuh. Kita pun patut rajin berwudhuk kerana secara praktikalnya membersihkan muka juga dapat menghalang jangkitan kuman.

Ini cerita kedua, ini adalah hadis berkenaan solat hajat sebenarnya :

Dari Uthman bin Hunaif Radhiallahu 'anh: Bahawa seorang lelaki buta datang kepada Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, maka dia berkata:

Wahai Rasulullah! Berdoalah kepada Allah agar Dia menyingkapkan kembali pandangan mataku,

Dan (Rasulullah) berkata: Atau aku biarkan engkau (terus dalam keadaan buta).

Lelaki buta berkata: Sesungguhnya telah menyukarkan aku akan kehilangan pandangan mataku ini.

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda: Pergilah engkau berwudhuk, kemudian solatlah dua rakaat kemudian bacalah (berdoa):

“Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepada Engkau dan aku bertawajjuh (menghalakan) permintaanku kepada-Mu dengan nabiku nabi pembawa rahmat, Ya Muhammad sesungguhnya aku bertawajjub kepada Tuhanku dengan (keberkatan dirimu) agar Dia menyingkapkan mataku (mengembalikan penglihatanku)”.

Nabi berkata: “Ya Allah: Syafaat dia dengan sebab diriku, syafaatkan aku pada diriku. Dia (si buta) kembali (ke rumahnya) dalam keadaan matanya telah Allah jadikan pulih seperti biasa (dapat melihat semula).”



Moral drpd hadis ini : Yakinlah setiap penyakit ada ubatnya dan akan sembuh dengan izin Allah. Selain itu kita juga perlu berusaha dalam mencari ubat penyembuh selain dengan hanya berdoa (saya sebenarnya tak suka jumpa doktor,huhu ). Itu sahaja, wassalam.








5 comments:

zetty said...

cik kekwa..
klo mggu dpn xbaek..
bakal kuheret kamu jumpe tabib.
teehee~ ^o^

pink sapphire said...

o kamu ni mane boleh takot jumpa doc..nt iA sy jd doc kamu takot nk jupe saye??

kekwaQ said...
This comment has been removed by the author.
kekwaQ said...

mungkin ni la sebab saya nak jadi doktor, rawat diri sendiri, xde la main2 je, memg sy paling malas nak jumpa doktor, tp kalu sy satu tempat kerja ngan pink sapphire nanti InsyaAllah, senang la sy minta rawatan yg cepat :D...

rusnarusli said...

salam, team ar-rumaisa' :)
menarik2 :) oernah terjadi kat diri sendiri jugak.. waktu tu selesema x hilang2 penat dah buat itu ini..
at last baru teringat yg lupa doa kat Dia :)
alhamdulillah after doa, selesema hilang!
rasa sgt Allah tu yg Maha Kuasa!

jazakillah for this reminder!