Saturday, October 23, 2010

Sakit Hati?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Maaf lama tidak menulis/menaip.
Alhamdulillah hari ini mendapat idea untuk dikongsi bersama.

Tadi pagi berlatih bola keranjang bersama dengan yang lain.
Suka!saya sangat suka bersukan ya.
Kalau ada bola baling, jangan lupa merisik kalau saya nak jadi penjaga gol
Oh ok, kembali ke topik asal.

Dipendekkan cerita yang tidaklah begitu panjang, cik Winnie telah merasa sakit di bahagian abdomen belah kanan.
Biasalah budak perubatan, macam-macam teori dikeluarkan kami.
Appendiks la, kemudian meleret ke diaphragm(bahasa Melayunya apa ya?) dan seterusnya ke hati.
Menurut kak Noleq, sakit hati tak boleh dirasa
Sakit hati di sini merujuk kepada masalah hati seperti kegagalan hati, dan cirrhosis.
Bukanlah sakit hati subjektif macam sakit hati kena perli dsb.
Oh benarkah?saya agak tertarik dengan pernyataan itu.
Sememangnya saya tidaklah tahu kalau ada masalah hati adakah kita akan berasa sakit atau tidak dan tidak pernah pula terfikir adakah dirasai kesakitan dari penyakit hati itu (maaf, saya rasa ayat saya terbelit, namun harap anda faham apa yang cuba saya terangkan)

Tapi saya tahu, kalau kita ada masalah jantung, kita dapat merasakan kesakitan or the feeling of something itself.
akan merasa sakit bila kena serangan jantung
Sakit yang asal dari jantung turut dipancarkan ke lengan kiri
Jika perut kita terlebih asid, kita akan sakit perut
Rupa-rupanya masalah hati sakitnya tidak terzahir pada deria kita.
Sebabnya tiada saraf yang istimewa khas untuk menyampaikan maklumat sakit dari hati.

Sebab apa ya saraf itu tiada?
Saya telah diajar, sakit itu perlu supaya kita dapat bertindak untuk menyelamatkan diri kita dari mudarat.
Contohnya, kalau tangan terkena seterika panas, bayangkan kalau rasa sakit itu tidak wujud, sampai kesudah kita tidak sedar yang seterika panas itu telah memudaratkan sebahagian besar jari kita.
Jadi sakit itu nikmat, setuju tak?

Tapi kenapa hati tidak memancarkan rasa sakit?
Jom kita ulang kaji fisiologi dan biokimia.
Hati merupakan organ yang fascinating bak kata Inggerisnya.
Mempunyai kemampuan untuk regenerasi yang menakjubkan.
Ini disebabkan fungsi hati itu sendiri yang banyak menyebabkan sel-sel hati termusnah.
There are the toxics, there are the multiple functions to serve.
Yes, liver is no doubt the most efficient multitasking organ in my opinion.

Jadi pada pandangan saya, disebabkan oleh faktor tugasnya yang memerlukan hati didedahkan dengan bahan toksik ditambah pula dengan reputasi hati sebagai organ yang paling tinggi suhunya di dalam badan (40 darjah selsius), logiklah sekiranya hati tidak dibekalkan dengan sense's nerve ending.
Mampukah kita merasakan sakit sepanjang masa yang disebabkan oleh kehadiran bahan toksik di dalam hati yang mempunyai deria rasa?
Betapa teraturnya perancangan Allah.
Hati itu sendiri sedang berbicara dengan kita tentang kehebatan Allah (celup dan modifikasi ayat Kak Lene)

Akhir kalam, jangan jadi seperti lilin yang membakar dirinya sendiri untuk menerangi orang lain. Lilin akhirnya terkorban untuk memberikan nyalaan tak seberapa kepada orang lain.
But be like the liver which detoxifies for the benefit of other organs yet still regenerating and rejuvenating itself.


Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan
siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang
Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati
(kering)-nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis hewan, dan pengisaran angin dan awan
yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan
kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan. (QS. Al Baqarah [2]:164).

Love your liver, stay clear of beer ^,^

7 comments:

perempuan berkalung sorban said...

ohemgee lina! a very beautiful post! jeles gila la dgn awak boleh tulis post best mcm ni T_T

i love, love the akhir kalam part. thats the best conclusion ever! betul, kita tak perlu jd lilin, tp jadilah hati. dalam ibadah tiada ithar.

tahukah anda apa itu ithar? ithar adalah tingkatan tertinggi ukhuwwah, yg mana mengutamakan org lain dr diri sendiri.

kesian lilin, dia tak faham konsep ithar tu (i am talking in term of ibadah here). dia guide org lain, tp semakin lama dia semakin lesu, takde topup baru dlm hidup dia.

istimewanya liver, selain membantu org lain mendekatkan diri dgn islam, dgn Allah, liver juga membantu dirinya sendiri utk sentiasa mempunyai himmah (keazaman) yg tinggi serta sentiasa memperbaiki dirinya untuk menjadi yg lebih baik. liver faham konsep 'baiki dirimu, dan serulah org lain'

lg satu, bila lilin mati, kerja lilin terhenti begitu saja. tetapi liver, dia regenerate cell dia supaya semua detoxification yg dia lakukan selama ni ada penyambungnya, thus the whole body can still function well, eventhough some old cells have gone.

ini ciri da'wah dan tarbiyyah. bkn hanya berda'wah tanpa tarbiyyah, dan bukan hanya tarbiyyah tanpa da'wah. tarbiyyah dan da'wah kawan baik, they can't live without each other, just like you and me ^_^

lilin vs liver, which one are you? semoga istiqamah selalu dear rumaisas ♥

Syazwani'Aqilah said...

Subhanallah!
Allahu akbar!!

sangat-sangat bermakna post ni!
very beautifully written!

Bak kate Perempuan Berkalong sorban ( iknow who)
Jangan jadi lilin, Jadilah liver.

Dakwah dan tarbiyyah itu seatu sama lain. tiada dakwah tanpa tarbiyyah, kerna ianya saling memerlukan antara satu sama lain,

keep writting my dears!

Melihat kite sama-sama membesar dalam dawkah dan tarbiyyah ni.

Terasa sungguh kasih sayang yang Allah limpahkan pada kite semua.

SEMOGA ukhuwwah yang terbina berkekalan.

sayang!
-saya-

kekwaQ said...

oh....bagusnye post ni:)

Fathin Aina said...

salam..nk like this post n suma comment2 bleh?? hehehe =p

"jangan jadi seperti lilin yang membakar dirinya sendiri untuk menerangi orang lain. Lilin akhirnya terkorban untuk memberikan nyalaan tak seberapa kepada orang lain.
But be like the liver which detoxifies for the benefit of other organs yet still regenerating and rejuvenating itself."

like this part the most, lina...^_^

maybe teacher's day fav quotation "guru seperti lilin" shud b changed into "guru seperti hati"? ada unsur2 sains dalam sastera gitu... lol =p

yet, can't agree more with k.lene..baiki dirimu dan serulah org lain..=)

aina_raudhah

zettyshafiqa said...

dah 3 kali baca. suka jugak. dgn org2 yg komen skali!!
tp takleh nak like besau2!!
mari jadi liver :)

jintan_manis said...

Masya-Allah!
jatuh HATI dgn the post dan komentar2 di atas~

Dr. Nurul Izati Zakaria said...

Waaaa..Nak like juge..
Thanx Lina for your writing n opinion, absolutely true!!!

Sukenye quotation yg sumorang suke tu..
Yup, kite kene jadi liver!!!
Mari jd liver-bermanfaat utk org lain dan pd mse yg sme mncari usaha utk merawat diri, mmbaiki diri~~