Thursday, January 20, 2011

Kapal

Assalamualaikum.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tak kisahlah kapal apa. Kapal terbang yang terbang membelah awan mahupun kapal yang belayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia.
Saya tidak pernah lagi menaiki kapal yang belayar di laut, kapal terbang yang membelah awan tu pernahlah.
Namun saya kira perasaan orang yang selalu menaiki kapal terbang jarak jauh (bahasa Inggerisnya, long haul flight) sama sahaja dengan perasaan orang yang belayar lebih dari sebulan di lautan.
Perasaan apa itu?
Secara peribadinya, perasaan itu ialah perasaan yang ingin cepat sampai ke daratan.

Selain dari kali pertama menaiki penerbangan merentas benua, kali-kali yang lain saya mengalami sedikit masalah depresi.
Justeru penerbangan terus 12 jam bukanlah pilihan. Transit is the best option.
Oh, tolong jangan cepat melompat ke dalam kesimpulan.
Bukan la depresi yang teruk pun. Kalau perlukan metafora, intensiti depresi tu lebih kurang perasaan sewaktu perlu menonton video bina karekter setiap malam selama 2 jam setengah di kem PLKN dahulu (serius bosan tahap nirvana)
Bagi kebanyakan orang, mungkin penerbangan jarak jauh agak membebankan kerana
  1. terbang bersama anak kecil. sebab anak kecil kalau dia mula membebel, amplifier kat SOKSEK pun kalah. Paling mantap bila bateri dia tahan lama tak perlu cas.
  2. tempat duduk sempit. tambah pulak kalau kau kena duduk dengan orang yang tidak pernah dikenali.6 jam pun cukup la nak bagi depresi. Oh, insomnia juga.
  3. bilik air yang elegan namun comel dari segi saiz dan bilangan. depresi bila bilangan penumpang 30 kali ganda bilangan bilik air. lagi ramai orang yang mengambil kafein atau alkohol, atau 10 gelas jus dalam masa 2 jam, lagi *sambung sendiri, saya yakin anda tahu situasi seterusnya*
  4. kalau terbang 12 jam tanpa henti di RNR (tanpa transit di mana-mana lapangan terbang), badan melekit kalah dodol + muka berminyak kalah cucoq udang saya.
Bagi saya, itu semua masih boleh diterima. Tetapi saya tertekan disebabkan pemandangan yang monotonus dan sangat kosong tiada isi nun di luar tingkap pesawat.
Memang awan cantik. Bak kapas yang halus mulus lagi gebu pada pandangan mata. Ditambah pula dengan langit biru, mahupun oren. Kalau malam tanpa bintang lagi parah, hitam sokmo.
Saya susah melelapkan mata di dalam penerbangan, cerita-cerita di dalam skrin ICE bukanlah pilihan, permainan maya pula terlalu la-ih. Pilihan yang ada setelah semua sudoku dalam buku sudoku dah penuh hanyalah merenung ke luar tingkap.
Di sini bermula. Depresi.
Selaju manapun pesawat terbang di statosfera (atau lapisan yang manapun), langit Allah sungguh Subhanallah luasnya lebih luas dari pandangan mata.
Jadi setelah 3 jam, selalunya, pemandangan yang sama yang ada di luar tigkap sana.
awan putih di bawah dan langit biru selebihnya. Itu sahaja. Macam your boat alone in the wide ocean with nothing else but the sky, no tiny island, not even a bird fly by.
Kosong bukan?
Bukan, bukan. Bukan sekadar kosong, tapi kosong sekosong-kosongnya sampai hanya ada 2 adjektif saja yang sesuai diberikan kat pemandangan tu ~ kosong dan sunyi.
Sama macam kesusahan nak melalui hari-hari dengan perasaan kosong sebab yang ada cumalah kosong (ayat seorang sister)

Cuba bandingkan penerbangan jarak jauh merentas benua (kita abaikan penerbangan sulung kita.itu kes lain.) dan lautan dengan kehidupan manusia.
Contohnya saya.
Saya asalnya berada dekat dengan Allah, namun saya memilih ke dunia. seperti saya memilih untuk menaiki penerbangan merentas benua 14 jam tanpa henti.
Saya sangka penerbangan itu menarik.
Saya tertarik dengan awan berkepul-kepul, tertarik dengan pramugara-pramugari, tertarik dengan segala macam perkara yang ada di dalam sebuah penerbangan seumpamanya.
Daratan?kita lupakan itu sebentar ya. Syokkkkk sangat naik kapal terbang ni.
Namun, setelah 2jam,saya merasa sudah tiada apa yang menarik di dalam penerbangan itu.
Saya pandang ke luar, cantiknya awan, birunya langit.5 minit berlalu, 7 minit, 20 minit. Kok masih sama pemandangannya. Bukankah kapal terbang ini lebih laju dari Formula Future.
Awat rasa macam dok nampak awan alto-stratus ja sejak 20 minit lepas.
Saya mula merasakan "emptiness" di langit dan awan yang saya nampak. Rasa tertekan sebab kosong tu tak pernah hilang dan konsisten.
Kemudian datang bau harum menusuk hidung dan mengaktifkan amygdala. Dituruti dengan kakak cantik atau pun abang smart membawa hidangan. suasana kembali ceria. setengah jam kemudian, pandang semula ke luar, dan begitulah seterusnya sehinggakan tidak sabar-sabar mahu bertemu daratan semula.

Kamu nampak, Allah itu airport saya, dunia ini penerbangan saya.
Saya pilih untuk ke dunia, terpesona sebentar dengan dunia dan terlupa kepada Allah, atau pun bukannya terlupa, tetapi tidak mahu ambil kisah sangat.
Saya pun seronok meneroka dunia sampai suatu masa saya merasa lelah.
Saya pun berhenti sebentar dan memandang dunia.
Aneh, dunia punya macam-macam tarikan dan banyak lagi yang belum pernah saya cuba (in flight entertainment tidak akan terhabis dalam satu penerbangan Emirates), tetapi mengapa saya merasa kosong, monotonus dan sunyi?sama perasaannya macam memandang ke luar tingkap kapal terbang yang terapung di antara langit dan bumi.
Selaju kapal terbang yang terbang mara, saya rasa saya juga tetap terus bergerak.
Tapi masih kekosongan itu tidak pergi-pergi.
Bukannya tiada teman di sisi.Lagi sekali, macam juga di dalam penerbangan, ada beratus orang lain di dalam pesawat yang sama. Siap ada kemungkinan you die I die lagi (be it teman-teman di sisi mahupunfellow passengers)
Kenapa ruang itu masih ada? ruang kosong yang merimaskan.
Jadi manusia macam saya pun kembali merindui fitrah saya. Fitrah bertuhan.
Dalam penerbangan, penumpang rindukan daratan.
Dalam dunia, hamba rindukan tuannya.

Sedih bukan bila nanti-nanti ada berita, pesawat terhempas, pesawat meletup atau dalam erti kata lainnya, pesawat/penumpang yang tidak akan pernah mendarat sampai kat airport in one piece sebagaimana waktu diatake off dahulu.
Tak ubah macam manusia, dalam perjalanan dia di dunia, boleh terlalai dan membelok ke lain, sudahnya hingga ada yang tidak sampai kepada Pencipta.

Saya telah memilih penerbangan dunia ini.
A flight of no return. (Lapangan terbang ditutup sebab parking denganrunway tak cukup)
And I am already airborne (dah take off, dah dilahirkan)
Sudah meneroka sebahagian kecil nikmat yang ditawarkan dalam penerbangan dunia ini, sudah pun merasa bosan dengannya dan kini sudah 20 minit memandang awan dan langit yang dok duduk macam tu saja sejak tadi.
Mula la rasa rindu dekat daratan (si Dia)
Nanti, akan ada pramugara-pramugari ataupun makan yang sedap-sedap (nikmat dunia la tu!) sampai saya turunkan blind kat tingkap pesawat. Lupa daratan balik.

Saya rasa semua orang akan melalui fasa-fasa macam ni, semua manusia, tak kira yang dah lupa daratan atau yang rindu sangat-sangat dengan daratan (daratan=Ilah).
Mula-mula, saya confused, sebab apa even orang yang dekat dengan Allah pun rasa perasaan kosong dan bosan tu dalam hidup ni.
Awak rase sebab ape? (ayat Kak Lene dan Kak Madihah)
Sebab ni kan penerbangan. Dunia. We are supposed to be fed up with it.
Dan selagi kita masih di dalam penerbangan ni, selagi belum mendarat, selagi itu kemungkinan untuk kita mendarat kat lapangan terbang dan kemungkinan kita nak mendarat kat Pentagon mahupun kawasan-kawasan yang tidak dinamakan lapangan tetap 50-50.
Jadi pakailah seat belt, baca balik manual kecemasan, doa dan teruskan berdoa.
Moga-moga saya dan kamu, moga-moga kita selamat sampai ke lapangan terbang/kepada Ilah kita.

Seperti sirih pulang ke gagang.
Seperti pesawat pulang ke lapangan terbang.
Kita perlu pulang kepada Allah.

9 comments:

perempuan berkalung sorban said...

lina dear, this is so cool. cool sesgt la tak tau nak ckp ape. panjang betul cerita flight kat awal smpi sy tgh confuse nak ckp psl ape. but when the point comes, mcm wow, that is so 'hambik kau!' :P

sy suka perumpamaan mcm ni. thank you so much for dear for this post. may Allah rewards you with the best reward insyaAllah.and lina, do continue writing. never ever stop. like seriously okay! :D i would like my kids (??) to read this..hehe ;)

semoga sentiasa dpt menyentuh hati2 manusia utk kembali kepadaNya :)

p/s: sori i lama gila tak tulis anything. selalu nak tulis tp pramugari chantek asik melilaukan mata i :| hope i can write a piece as good as yours.

丽 娜 said...

Hahaha, Kak Lene, mula2 sy nak potong sj part atas tu tp mcm xnmpk the whole story pulak. sbb saya nak orang baca tu dpt merasakan betapa sebenarnya naik kapal terbang ni tak seronok, rasa dada sempit dan nak cepat2 landing kat airport.
Ya Kak Lene, I hope the idea would keep coming and I would keep writing. semoga dpt meyampaikan kepada orang lain (contoh : anak2 kak Lene) dan diri sendiri.
amin, amin, ya rabbal a'lamin

Anonymous said...

kok mati :)

Dr. Nurul Izati Zakaria said...

so cool~~
I like it too!!!
Jazakillah Lina for the sharing, something which is great for everybody to think about..
If I could wish, I would like to reach the airport safely too iA~~~

p/s: anak2 kak lene??hihi..brpndangan jauh btl la akak kite nih, dh plan dh.. :D

perempuan berkalung sorban said...

eh, eh anak2 usrah pun boleh. hihi. segan la pulak sy, dahla belum berbm pun. huhu. spontan je td taip psl anak2 tu. adoi la~

izati zaibi said...

lina!
hehe :)
u know y im smiling..
btw kinda miss u!
hahaha xde kaitan ngn entri...

丽 娜 said...

dear!I have been thinking about u too.hope everything is good and good luck for those exams!
p/s: i sure know why u r smiling

hiddenpearl said...

salam.
masyaAllah lina.awesomeness! :)

w/p penat baca & recall semula perasaan ddk dlm flight yg b'jam2 lameanya, tp mmg berbaloi! :')
penat jugak fikir point apa yg sbnrnya yg cik lina nk smpaikn ni?? *sama spt PBS*

tapi bila smpai perenggan2 terakhir...ok,mmg perlu recall blk perasaan & pengalaman tu, supaya kita x ulangi blk perkara yg sama selagi kita masih dlm 'flight' ni...sama2 kita usaha & doa smga kita smpai ke 'airport' dgn slmt :)

the conclusion is awesome.the metaphore is awesome.may Allah keep guiding u to write more posts like this one n the one bout the liver..jzkk sis :)

丽 娜 said...

Alhamdulillah,alhamdulillah,thanks all. =)