Saturday, January 30, 2010
Thursday, January 28, 2010
A special day for...
(hehe, curi gambar kat fb...(^-^)v...peace!!..)
عيد الميلاد السعادة!!! Selamat Hari Lahir!! Happy Birthday!! Všechno nejlepší k narozeninám!! 생일 축하합니다!!...
All da best for the upcoming exam...!!
O Allah! There is no ease other than what you make easy. If you please you ease sorrow.
upin: pssstt!! kak zetty, nak kek!
ipin: betul3..hehe apa la upin ni...upin la bagi k. zetty kek..kan k.zetty?
Solat Tahajud: Menjenguk dan Menjejaki kedudukan Rasulullah S.A.W.
"Suamiku, kekasih Allah. Saya berasa selesa sekiranya berada di sampingmu. Namun, saya ikhlas dgn apa yg kamu sukai. Kamu gemar beribadat kepada Allah. Bagaimana mungkin saya tidak mengikhlaskannya?" jawab Aishah dgn lembut.
Sejurus kemudian, pasangan suami isteri yg agung ini mengambil wudhu'. Kedua-duanya lalu tegak dalam kesolehan qiamullail, ibarat Jabal Rahmah yg memancang kuat menembusi lazuardi keimanan. Takbir keduanya berkumandang bersama keagungan Tuhan. Bacaan firmanNya bergetar bersama2 deraian air mata, mengharap keredhaan Zat yg menggenggam ubun2 kesedaran mereka. Begitu juga dgn gerak rukuk dan sujud mereka, berharmoni dgn gerakan dunia alam semesta. Begitulah ikhlasnya mereka memenuhi panggilan suci ini. Panggilan bagi menjadikan mereka lebih mulia dlm meggapai maqaman mahmuda iaitu singgahsana kehormatan.
Inilah sebuah peristiwa malam yg diceritakan oleh Aishah kepada Atha' semasa temannya itu bertandang ke rumah Ummul Mukminat. Kisah yg dituturkan melalui Ibnu Mardawih ini adalah salah satu daripada banyak kisah yg menunjukkan usaha Rasulullah S.A.W. menghidupkan sisa-sisa malam. Tahajud adalah cerita malam yg menunjukkan kepada kita mengenai semangat perhambaan makhluk kepada Tuhan.
Subhanallah, malam itu rasulullah S.A.W. dan Aishah solat dgn lamanya. Mereka solat sehingga azan subuh berkumandang. "Biasanya Rasulullah S.A.W. tidak pernah datang lewat ke masjid. Apa yg berlaku agaknya?" tanya Bilal kepada para jemaah yg sudah kelihatan gelisah menunggu kedatanga pemimpin mereka itu. Lalu dia pergi menyusul ke rumah Rasulullah S.A.W.
Apabila dia sampai di rumah Rasulullah S.A.W., dia mendapati beginda sedang menangis. "Wahai RAsulullah, mengapa kamu menangis? Bukankah Allah mengampuni dosa dan kesalahan kamu?" tanya Bilal kehairanan.
"Sahabatku, bagaimana aku tidak menangis kerana semalam wahyu turun kepadaku. Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam terdapat tanda2 bagi org2 yg berakal. Iaitu org2 yg berzikirmengingati Allah dalam keadaan duduk, berbaring, dan mereka memikirkan mengenai penciptaan langit dam bumi sambil berkata, "Ya Allah, tidaklah engkau ciptakan semua ini sia2. Maha Suci Engkau dan peliharalah kami dari segala siksa api neraka." (Ali-Imran: 190-191)
"Rugilah org yg membaca ayat ini tetapi tidak menghayati kandungannya," tambah Rasulullah S.A.W. sebelum beredar dari rumahnya.
-- to be continued--
Part 2: Malam Keintiman dan Peristiwa yg Besar
Subhanallah. Sebuah malam keintiman di antara seorang hamba dgn Tuhannya. Sekiranya bukan dari golongan manusia pilihan dan bukan daripada org besar, malam itu tentu sahaja berlalu begitu sahaja, sebagai sebahagian daripada perjalanan waktu. Padahal kerana mampu menghidupkan malam, tidak sedikit org yg mengamalkannya mendapat berkat yg kemudiannya mnjadi peristiwa besar dalam sejarah.
Selain drp tahajjud, ada Nuzulul quran (peristiwa turunnya kitab suci quran), lailatul qadaq (malam seribu kemuliaan), israk mikraj (perjalanan Nabi Muhammad S.A.W. dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, menembusi Sidratul Muntaha dan membawa pulang tuntutan ukt solat lima waktu), dan hijrah dari Mekah ke Madinah.
Semua peristiwa besar yg mengubah perjalanan hidup manusia ini berlaku pada malam hari, hingga kita perlu yakin bahawa malam adalah makhluk Allah yg istimewa. Malam bukan sahaja hanya kumpulan waktu ataupun bergeraknya alam, tetapi ketika berlangsungnya malam, diciptakan waktu sunyi menjadi hidup. Daripada peristiwa2 malam ni juga, alam turut berputar dalam gerakan zikir membesarkan nama2 Allah.
Malam dijadikan bagi menerima estetika hidup yg luhur. Ingat, Allah bersumpah dgn makhluknya yg bernama malam ini ( surah al-Lail - lail = malam). Dalam ayat pertamanya, Allah bersumpah dgn malam yg bergerak menjadi gelap. Begitulah istimewanya dan eksotiknya malam ini. Bacaan quran dan aktiviti memahami dan merenung kehidupan juga lebih berkesan apabila dilakukan pada sebelah malam (rujuk al-isra' : 78). Dgn melakukan amalan soleh pada waktu malam, berzikir pada keesokan harinya dan pelbagai ibadah lain, ia dapat didengar kerana di sebaliknya terselindung hikmah (rujuk al-muzzammil: 2-6)
Kisah bisikan Rasulullah S.A.W. kepada isterinya bagi solat tahajud, seperti yg dipaparkan sebelum ini menunjukkan kebersamaandan kebersamaan suami isteri menemukan estetikanya apabila dilakukan pada malam hari.
Salah satu ciri solat malam Rasulullah S.A.W. adalah solat dgn membaca surah2 panjang, yg tidak dapat diikuti oleh Aishah. Isteri termuda rasulullah ini selalu ditemui tertidur semasa beginda sedang solat. Di sini kita dapat melihat sifat penyayang Rasulullah S.A.W. Baginda tidak menasihati atau menegur Aishah kerana tertidur, sebaliknya beliau membiarkan terus isterinya terus tidur semasa solat. Malah ada pemandangan yg lebih indah lagi iaitu selepas selesai solat, semasa rasulullah membaca doa, baginda meletakkan kepala isterinya ke atas kedua belah pahanya. Akhirnya puteri Abu Bakar ini tertidur di atas pangkuan suaminya. dia hanya terbangun apabila air mata agung menitis perlahan-lahan di mukanya. Subhanallah..romantiknya ^_^
Part 3: Fadhilat dan Keindahan Solat Malam
Rasulullah S.A.W. pernah ditanya , "Solat apakah yang paling utama selepas solat lima waktu?" Baginda menjawab dgn tegas, "Solat malam!" (Hadis Riwayat Muslim).
Beberapa keutamaan yg diperoleh oleh pengamal solat malam adalah seperti berikut:
1) tercatat sbg org yg baik dan berhak mendapat anugerah rahmatnya (adz-Dzariyat: 15-18)
2) mendapat penyempurnaan di atas kekurangan dalam ibadat wajinya hingga dapat menempati darjat yg terpuji ( al-Isra' : 79)
3) mendapat pujian drp Allah (al-Furqan: 63-64)
4) dilihat sbg org yg beriman (as-Sajadah: 16)
5) darjatnya dibezakan dgn org yg malas ( az-Zumar: 19)
Beberapa petikan hadith berikut menyebut beberapa fadhilat dan keindahan lain solat malam. Antaranya dalah hadith drp Abdullah bin Amr bin Al- 'Ash yg berbunyi, Rasulullah S.A.W. berkata kepadaku, "Abdullah, jgn jadi seperti polan yg pernah mendirikan solat malam kemudian meninggalkannya." (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
Salman al- Farisi menceritakan Rasulullah S.A.W. berkata, "Kerjakanlah solat malam, kerana itu adalah kebiasaan org soleh sebelum kamu, jalan mendekatkan diri kepada Tuhan, penebus kesalahan, pencegah dosa, serta penghindar penyakit."
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W. berkata, "Syaitan mengikat tengkuk kamu yg tidur dgn tiga ikatan. Syaitan menepuk pada setiap ikatan, 'Bagimu malam yg panjang, maka tidurlah'. Apabila kamu bgn berzikir mengingat Allah, maka terbukalah satu ikatan. Apabila kamu berwudhuk, terbuka satu lagi ikatan. Apabila kamu solat, terbukalah satu ikatan lagi. Maka di pagi hari kamu segar dan bersemangat. Sekiranya tidak, tentu di pagi hari kamu berasa lesu dan malas."
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W. berkata, "Tuhan kita turun setiap malam ke langit dunia pada sepertiga malam terakhir, dan menyatakan, 'Siapa yg berdoa kepadaKu pasti Aku kabulkan. Sesiapa yg memohon kepadaKu pasti Aku beri, dan sesiapa yg memohon ampun kepadaKu pasti Aku ampuni.'" (Hadith Riwayat al-Jamaah)
'Amr bin Al-'Ash meriwayatkan Rasulullah S.A.W. berkata, "Sedekat-dekat hamba kepada Allah adalah pada tengah malam yg terakhir. Apabila kamu dapat menyertai golongan org yg berzikir mengingat Allah pada saat itu, maka lakukanlah." (Hadith Riwayat Al-Hakim)
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W. berkata, "Apabila seseorang membangunkan isterinya pada waktu malam, lalu kedua-duanya solat dua rakaat, maka mereka tercatat dalam golongan org yg selalu berzikir." (Hadith Riwayat Abu Daud)
Sunday, January 24, 2010
~Sakit???~
Dari Uthman bin Hunaif Radhiallahu 'anh: Bahawa seorang lelaki buta datang kepada Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, maka dia berkata:
Wahai Rasulullah! Berdoalah kepada Allah agar Dia menyingkapkan kembali pandangan mataku,
Dan (Rasulullah) berkata: Atau aku biarkan engkau (terus dalam keadaan buta).
Lelaki buta berkata: Sesungguhnya telah menyukarkan aku akan kehilangan pandangan mataku ini.
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda: Pergilah engkau berwudhuk, kemudian solatlah dua rakaat kemudian bacalah (berdoa):
“Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepada Engkau dan aku bertawajjuh (menghalakan) permintaanku kepada-Mu dengan nabiku nabi pembawa rahmat, Ya Muhammad sesungguhnya aku bertawajjub kepada Tuhanku dengan (keberkatan dirimu) agar Dia menyingkapkan mataku (mengembalikan penglihatanku)”.
Nabi berkata: “Ya Allah: Syafaat dia dengan sebab diriku, syafaatkan aku pada diriku. Dia (si buta) kembali (ke rumahnya) dalam keadaan matanya telah Allah jadikan pulih seperti biasa (dapat melihat semula).”
Tadabbur Alam~
Wednesday, January 20, 2010
Bumi Allah
Tuesday, January 19, 2010
MABIT
Allah knows best.
my very 1st entry. hehe :)
sy terbace ni dan terfikir panjaaaaanngg.. just nak share.
"Diwajibkan ke atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan kamu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
[Al-Baqarah, 2:216]
sama2 kita renungkan.. ♥
Monday, January 18, 2010
~Kisah Ar-Rumaisa~
Salam semua, pantun2x ini tentang ringkasan hidup Ar-Rumaisa , seorang srikandi Islam yang mengagumkan, moga ada manfaatnya :
Ar-rumaisa nama diberi
Seorang wanita yang terpuji
Mari kita hayati kisah ini
Moga terkesan di hati
Sebelum Islam tiba di sana
Sudah terkenal dengan sifatnya
Cantik, baik serta bijaksana
Berkahwin dengan Malik sepupunya
Mus’ab bin Umair membawa berita
Tentang keislaman yang nyata
Menjadi antara ansar yang pertama
Mengucap syahadah dengan segera
Kemarahan Malik tidak terhingga
Yang menolak pegangan barunya
Lalu ditinggalkan bersama anaknya
Kerana iman mengatasi cintanya
Berkahwin lagi bukan dihajat
Mendidik Anas menjadi matlamat
Kepada Rasulullah dihantar berkhidmat
Demi mengutip ilmu bermanfaat
Ummu Sulaym juga gelarannya
Bukan calang perempuan yang ada
Abu Talhah mahu kepadanya
Islam diminta sebagai maharnya
Sungguh beruntung sang suami
Mendapat isteri yang mithali
Aqabah kedua mereka sertai
Menderma harta banyak sekali
Walau anak ditakdirkan pergi
Namun rumaisa tabah hatinya
Setelah tanggungjawab diberi
Baru dikhabar kepada suami
Abu Talhah marah bertemu baginda
Rasulullah memuji lantas bersabda
Mendapat Abdullah sebagai berkatnya
Menyambung tujuh waris yang berjaya
Hebatnya rumaisa uhud tidak dilupa
Merawat serta berjuang bersama
Peribadinya mulia sepanjang masa
Ar-Rumaisa kau contoh wanita mulia