Wednesday, February 24, 2010

Syurga di telapak kaki ibu

Assalamualaikum. Saya akan continue macam yang dah dijanjikan; mengenai kata-kata Anissa: 'syurga menurut janji Allah, ada di telapak kaki kita, perempuan.

Kamu mesti selalu dengar, syurga di bawah telapak kaki ibu. Siap pernah masukkan dalam karangan lagi masa sekolah rendah/menengah, ye tak? Tapi dari mana ye kata-kata tu?

Benar, dari Rasulullah saw yang kita semua cintai. Ada dva riwayat yang mengenai kata-kata ni tapi ironinya, satu hadis maudhu (palsu) dan satu lagi hadis hasan.

Hadis maudhu:

Syurga berada di bawah telapak kaum ibu. Barangsiapa dikehendakinya masuk maka dimasukkannya, dan barangsiapa dikehendaki keluar maka dikeluarkan darinya.

Hadis hasan:

Seorang lelaki mahu berperang, dan bertemu Nabi SAW meminta pandangannya. Baginda bertanya: “Adakah kamu mempunyai ibu?” Jawabnya: “Ya”. Kata Nabi: “Lazimilah dia, kerana syurga di bawah kakinya”.

Direkod oleh Ahmad dalam Musnad (no: 15538) dan Nasai (no: 3104). Sanadnya dinilai sahih oleh Hakim (no: 2202).

* Nabi saw tidak membenarkan lelaki tersebut untuk ikut berjihad kerana belum lagi dewasa.

Makanya, kata-kata syurga di bawah tapak kaki ibu adalah tidak salah sama sekali, kerana ada hadis hasan mengenainya.

Saya baru sahaja menerima email dari mama yang tertajuk ‘Love Your Mother’. Allah bagi ‘hint’ kat mama ni, yang saya bakal menaip post ni J Sepotong ayat dari email tersebut, 'Our best critic, yet our strongest supporter; Mother'. Memang tepat sangat untuk saya. Kamu yang tengah baca post ni, dah 'contact' ibu kamu minggu ni? Dalam post seterusnya insyaAllah saya akan sambung dengan tajuk Populasi Muslim.


P.B.S: masih terasa angin Barcelona; mood honeymoon lagi ni (sama macam cik alter ego) tapi pergi kelas jangan lupa ya, tanggungjawab seorang pelajar tu!

Tuesday, February 23, 2010

-39:7-

Salam semua, mari kita berkongsi pandangan tentang ayat ke-7 dari surah Az-Zumar.

‘Jika kamu kafir (ketahuilah) maka sesungguhnya Allah tidak memerlukanmu dan Dia tidak meredhai kekafiran hamba-hambaNya. Jika kamu bersyukur, Dia meredhai kesyukuranmu itu: Seseorang yang berdosa tidak memikul dosa orang lain.Kemudian kepada Tuhanmulah kembalimu lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.Sungguh, Dia Maha Mengetahui apa yang tersimpan dalam dada (mu)’


Seperti semua tahu, Allah tidak rugi apa-apa dengan kekafiran manusia bahkan manusia itu sendiri yang rugi.Takutnya, moga kita dijauhi dari perkara-perkara yang melanggar akidah. Ayat seterusnya menyatakan seseorang yang berdosa tidak memikul dosa orang lain, maksudnya seseorang itu tidak memikul dosa orang lain dan bertanggungjawab atas perbuatannya sendiri.Memang diakui gaya kehidupan kita sentiasa dipengaruhi faktor-faktor sekeliling, namun semua tindakan kita bergantung pada kehendak diri sendiri.Moga iman dan Islam kita sentiasa dipelihara. Akhir sekali, di akhirat kelak setiap perbuatan kita akan dipersoalkan kembali kerana Allah itu Maha Mengetahui. Waktu ini tiada masa nak berpatah balik atau memohon ampun, moga kita sentiasa menjaga perlakuan kita. Semua orang pernah melakukan kesilapan dan akan sentiasa melakukan kesilapan kerana manusia itu tidak sempurna. Mari kita sentiasa berdoa memohon keampunan dan bermohon agar sentiasa berada di jalan yang diredhaiNya.

Sunday, February 14, 2010

~Rasulullah:Sebelum Diutus (1)~

Salam semua, mari kita sama2x menghayati kisah tentang Sejarah Kehidupan Rasulullah sebelum diutuskan sebagai Rasul. Kisah ini diambil dari buku Sirah Nabi Muhammad s.a.w: Pengajaran dan Pedoman karangan Dr.Mustafa As-Siba’ie. Setiap peristiwa yang berlaku sebelum Baginda diutus menjadi Rasul memainkan peranan penting dalam perjuangan dakwah Islam Baginda.

1. 1. Dilahirkan dalam keluarga Bani Hasyim

Bani Hasyim ialah keturunan Quraisy yang paling mulia dan disebabkan kemuliaan ini,isu keturunan tidak pernah menjadi bahan celaan bagi orang-orang kafir terhadap Rasulullah. Selain itu, Rasulullah pernah mengirim surat kepada Maharaja Rom (Hercules) untuk menyeru kepada Islam.Maka Hercules bertanya kepada Abu Suffian( ketika ini beliau masih musyrik):, “Bagaimanakan keturunan Muhammad dalam masyarakatmu?”, Abu Suffian menjawab ‘Dia dari keturunan kami yang paling mulia’. Lantas Hercules berkata kepada Abu Suffian,; “Aku tanyakan kepadamu bagaimanakah keturunannya? Kamu mendakwa bahawa dia daripada keturunan yang paling mulia. Demikianlah,Allah hanya memilih nabi daripada golongan yang mulia dalam kaumnya dan mempunyai keturunan yang paling baik”

Kesimpulan : Benar, Islam tidak menilai kepada keturunan dalam menilai amalan seseorang.Namun, seseorang menjadi lebih mulia, berkedudukan dan menempa kejayaan jika dia berketurunan dan berkeperibadian mulia. Ini hikmahnya Rasulullah dilahirkan dalam keturunan yang paling mulia. Sebagaimana sebuah hadis menyebut, “Mereka yang terpilih semasa jahiliah adalah juga mereka yang yang terpilih semasa Islam sekiranya mereka memahami.”

2. 2. Membesar sebagai anak yatim

Bapa Baginda meninggal ketika Baginda masih dua bulan di dalam kandungan, ibu Baginda meninggal ketika Baginda berusia enam tahun, datuk Baginda meninggal dua tahun kemudiannya, dan akhirnya Baginda dipelihara sehingga dewasa oleh bapa saudaranya, Abu Tolib. Ketabahan dan keperitan Baginda sebagai anak yatim menjadikan Baginda lebih sensitif dan lebih simpati terhadap golongan anak yatim, fakir miskin dan mereka yang diseksa. Baginda juga sangat mengasihi golongan- golongan ini dan sering melakukan kebajikan terhadap mereka.Sifat-sifat kemanusiaan ini menjadikan Rasulullah pendakwah yang berjaya dan disegani.

3. 3.Membesar di padang pasir

Empat tahun pertama , Baginda dibesarkan di padang pasir di perkampungan Bani Saad. Faktor ini yang menjadikan Baginda membesar dengan tubuh yang kuat, jasmani yang sejahtera, lidah yang fasih, jiwa yang berani dan mampu menunggang kuda dengan baik walaupun masih kecil. Hal ini penting kerana, pendakwah yang hidup dalam suasana lebih kepada fitrah semulajadi dan jauh daripada kehidupan yang kompleks, lebih mudah dibentuk sifat-sifat kemuliaannya.

Kesimpulan : Allah tidak memilih orang Arab melaksanakan risalah Islam secara kebetulan atau tanpa tujuan.Mereka ini lebih cekal menanggung kesukaran perang dan menyebarkan risalan Islam ke seluruh ceruk dunia kerana mereka lebih berjiwa murni, berfikiran sejahtera dan berakhlak matang hasil daripada cara hidup mereka.

Setakat ini dahulu catatan saya, InsyaAllah kisah ini akan disambung lagi dan moga ada manfaatnya J

Sunday, February 7, 2010

Kisah Nabi Musa dan Ahli Sihir Firaun


salam semua ^_^
insyaAllah entry kali ni sy nak share kisah seperti tersebut di atas..
ahli usrah sy pernah meminta sy membawa kisah2 para anbiya' semasa sitting usrah, namun ianya agak time consuming..insyaAllah leh bace kat cni ye =D

petikan ayat suci al-Quran dari surah al-A'raf, 7: 103-126
moga2 sama2 mndapat iktibar, insyaAllah

[103]
Kemudian Kami mengutuskan Nabi Musa selepas Rasul-rasul itu, dengan membawa ayat-ayat Kami kepada Firaun dan Ketua-ketua kaumnya, lalu mereka berlaku zalim (ingkar) akan ayat-ayat itu. Maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang berbuat kerosakan.
[104]
Dan berkatalah Nabi Musa: “Hai Firaun! Sesungguhnya aku ini adalah seorang Rasul dari Tuhan sekalian alam.
[105]
“Sudah semestinya aku tidak mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar. Sesungguhnya aku datang kepada kamu dengan membawa keterangan yang nyata dari Tuhan kamu. Oleh itu, bebaskanlah Kaum Bani Israil menyertai aku (ke Palestin).
[106]
Firaun menjawab: “Kalau betul engkau datang dengan membawa sesuatu mukjizat maka bawalah dia (supaya aku melihatnya), jika betul engkau dari orang-orang yang benar”.
[107]
Nabi Musa pun mencampakkan tongkatnya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang jelas nyata.
[108]
Dan Nabi Musa mengeluarkan tangannya, tiba-tiba tangannya (menjadi) putih (bersinar-sinar) bagi orang-orang yang melihatnya.
[109]
Berkatalah Ketua-ketua dari kaum Firaun: “Sesungguhnya orang ini (Musa) ialah seorang ahli sihir yang mahir.
[110]
“Ia bertujuan hendak mengeluarkan kamu dari negeri kamu”. (Firaun bertanya): “Oleh itu, apa yang kamu syorkan?”
[111]
Mereka berkata: “Tangguhkanlah dia dan saudaranya (daripada dijatuhkan sebarang hukuman) serta utuslah ke bandar-bandar (di merata-rata negeri Mesir untuk) mengumpulkan (ahli-ahli sihir);
[112]
“Yang kelak akan membawa kepadamu segala ahli sihir yang mahir”.
[113]
Dan datanglah ahli-ahli sihir itu kepada Firaun lalu berkata: “Sungguhkah kami akan beroleh upah, kalau kami dapat mengalahkannya?”
[114]
Firaun menjawab: “Benar, (kamu akan mendapat upah) dan kamu sesungguhnya (akan menjadi) dari orang-orang yang damping (denganku)”.
[115]
Mereka berkata: “Hai Musa! Engkaukah yang akan mencampakkan (tongkatmu lebih dahulu) atau kamikah yang akan mencampakkan (lebih dahulu)?”
[116]
Nabi Musa menjawab: “Campakkanlah kamu (dahulu)!” Maka apabila mereka mencampakkan (tongkat-tongkat dan tali masing-masing), mereka menyilap mata orang ramai dan menjadikan orang-orang itu merasa gerun, serta mereka melakukan sihir yang besar (keadaan dan caranya).
[117]
Dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa: “Campakkanlah tongkatmu!” Maka tiba-tiba tongkat itu menelan apa yang mereka pura-pura adakan (dengan sihir mereka).
[118]
Maka sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa), dan batalah (sihir) yang mereka telah lakukan.
[119]
Oleh itu, kalahlah Firaun dan Ketua-ketua kaumnya di situ dan kembalilah mereka dengan keadaan yang hina.
[120]
Dan (kemenangan Nabi Musa menjadikan) ahli-ahli sihir itu dengan sendirinya merebahkan diri mereka sujud,
[121]
Sambil berkata: “Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam.
[122]
“(Iaitu) Tuhan bagi Nabi Musa dan Nabi Harun”.
[123]
Firaun berkata: “Patutkah kamu beriman kepadanya sebelum aku memberi izin kepada kamu? Sesungguhnya ini adalah perbuatan tipu daya yang kamu lakukan dalam bandar ini kerana kamu hendak mengeluarkan penduduknya dari padanya. Oleh itu, kamu akan mengetahui (akibatya).
[124]
“Demi sesungguhnya, aku akan memotong tangan dan kaki kamu dengan bersilang, kemudian aku akan memalang kamu semuanya”.
[125]
Mereka menjawab: “Sesungguhnya kami (tidak gentar) kerana kepada Tuhan kamilah kembalinya kami (dan kepadaNyalah kami mengharapkan keampunan dan rahmatNya).
[126]
“Dan tidaklah engkau (hai Firaun) marah (dan bertindak menyeksa) kami melainkan kerana kami beriman kepada ayat-ayat Tuhan kami, ketika sampainya kepada kami”. (Mereka berdoa): “Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)”.

Saturday, February 6, 2010

Perempuan Berkalung Sorban

Assalamualaikum; first post saya dalam blog ni (harus self-titled la) J Saya nak share dengan kamu semua kata-kata Anissa dalam filem yang saya chenta, Perempuan Berkalung Sorban.


Kalian semua adalah calon muslimah,

calon isteri untuk suami kalian tercinta,

dan calon ibu untuk anak-anak yang kalian sayangi.

syurga menurut janji Allah,

ada di bawah telapak kaki kita, perempuan

tapi jangan lupa satu hal,

bahawa Allah juga memberikan manusia kebebasan.

mahu jadi apa pun kalian nanti,

pilihlah jalan Allah dengan rasa bebas,

dan dengan hati yang ikhlas; dengan begitu

insyaAllah kita akan hidup dengan tenang dan tanpa rasa benci.


Yang 'oversize' tu mestilah ayat yang saya suka dan teringat-ingat J Ayat yang sangat menunjukkan kebebasan pilihan, tetapi masih berbatas dengan satu nama, Allah.

Ringkas je first post ni (mood exam kan!) Dalam post seterusnya, insyaAllah saya akan tulis mengenai kata-kata Anissa dalam baitsyurga menurut janji Allah, ada di telapak kaki kita, perempuan’.

Semoga exam kamu semua (dan urusan kamu di kejauhan sana) serta saya dipermudahkan Allah, dan insyaAllah itu yang terbaik untuk kita semua.


P.B.S: dikelilingi nota Farmakologi di Baitul Mulk

Wednesday, February 3, 2010

Nabi Ibrahim

salam semua ^_^
nk share skit beberape petikan ayat suci al-Quran ttg kisah nabi Ibrahim mencari2 siapa Tuhannya..

[74]
Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berkata kepada bapanya Aazar: “Patutkah ayah menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan? Sesungguhnya aku melihatmu dan kaummu dalam kesesatan yang nyata”.
[75]
Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim kebesaran dan kekuasaan (Kami) di langit dan di bumi, dan supaya menjadilah ia dari orang-orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin.
[76]
Maka ketika ia berada pada waktu malam yang gelap, ia melihat sebuah bintang (bersinar-sinar), lalu ia berkata: “Inikah Tuhanku?” Kemudian apabila bintang itu terbenam, ia berkata pula: “Aku tidak suka kepada yang terbenam hilang”.
[77]
Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), dia berkata: “Inikah Tuhanku?” Maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia: “Demi sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah aku dari kaum yang sesat”.
[78]
Kemudian apabila dia melihat matahari sedang terbit (menyinarkan cahayanya), berkatalah dia: “Inikah Tuhanku? Ini lebih besar”. Setelah matahari terbenam, dia berkata pula: ` Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri (bersih) dari apa yang kamu sekutukan (Allah dengannya).
[79]
“Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)”.
[80]
Dan ia dibantah oleh kaumnya, ia pun berkata: “Patutkah kamu membantahku mengenai Allah, padahal sesungguhnya Ia telah memberi hidayah petunjuk kepadaku? Dan aku pula tidak takut (akan sebarang bahaya dari) apa yang kamu sekutukan dengan Allah, kecuali Tuhanku menghendaki sesuatu dari bahaya itu. (Sesungguhnya) pengetahuan Tuhanku meliputi tiap-tiap sesuatu, tidakkah kamu mahu (insaf) mengambil pelajaran?
[81]
“Dan bagaimanakah aku hendak takutkan apa yang kamu sekutukan dengan Allah itu (yang tidak dapat mendatangkan sesuatu bahaya), padahal kamu tidak takut bahawa kamu telah sekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan sebarang keterangan kepada kamu mengenainya? Maka yang manakah di antara dua puak itu yang lebih berhak mendapat keamanan (dari bahaya), jika betul kamu mengetahui?”
[82]
Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.
[83]
Dan itulah hujah (bukti) Kami, yang Kami berikan kepada Nabi Ibrahim untuk mengalahkan kaumnya. Kami tinggikan pangkat-pangkat kedudukan sesiapa yang Kami kehendaki. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui.

(al-an'am, 6: 74-83)