Salam semua, mari kita sama2x menghayati kisah tentang Sejarah Kehidupan Rasulullah sebelum diutuskan sebagai Rasul. Kisah ini diambil dari buku Sirah Nabi Muhammad s.a.w: Pengajaran dan Pedoman karangan Dr.Mustafa As-Siba’ie. Setiap peristiwa yang berlaku sebelum Baginda diutus menjadi Rasul memainkan peranan penting dalam perjuangan dakwah Islam Baginda.
1. 1. Dilahirkan dalam keluarga Bani Hasyim
Bani Hasyim ialah keturunan Quraisy yang paling mulia dan disebabkan kemuliaan ini,isu keturunan tidak pernah menjadi bahan celaan bagi orang-orang kafir terhadap Rasulullah. Selain itu, Rasulullah pernah mengirim surat kepada Maharaja Rom (Hercules) untuk menyeru kepada Islam.Maka Hercules bertanya kepada Abu Suffian( ketika ini beliau masih musyrik):, “Bagaimanakan keturunan Muhammad dalam masyarakatmu?”, Abu Suffian menjawab ‘Dia dari keturunan kami yang paling mulia’. Lantas Hercules berkata kepada Abu Suffian,; “Aku tanyakan kepadamu bagaimanakah keturunannya? Kamu mendakwa bahawa dia daripada keturunan yang paling mulia. Demikianlah,Allah hanya memilih nabi daripada golongan yang mulia dalam kaumnya dan mempunyai keturunan yang paling baik”
Kesimpulan : Benar, Islam tidak menilai kepada keturunan dalam menilai amalan seseorang.Namun, seseorang menjadi lebih mulia, berkedudukan dan menempa kejayaan jika dia berketurunan dan berkeperibadian mulia. Ini hikmahnya Rasulullah dilahirkan dalam keturunan yang paling mulia. Sebagaimana sebuah hadis menyebut, “Mereka yang terpilih semasa jahiliah adalah juga mereka yang yang terpilih semasa Islam sekiranya mereka memahami.”
2. 2. Membesar sebagai anak yatim
Bapa Baginda meninggal ketika Baginda masih dua bulan di dalam kandungan, ibu Baginda meninggal ketika Baginda berusia enam tahun, datuk Baginda meninggal dua tahun kemudiannya, dan akhirnya Baginda dipelihara sehingga dewasa oleh bapa saudaranya, Abu Tolib. Ketabahan dan keperitan Baginda sebagai anak yatim menjadikan Baginda lebih sensitif dan lebih simpati terhadap golongan anak yatim, fakir miskin dan mereka yang diseksa. Baginda juga sangat mengasihi golongan- golongan ini dan sering melakukan kebajikan terhadap mereka.Sifat-sifat kemanusiaan ini menjadikan Rasulullah pendakwah yang berjaya dan disegani.
3. 3.Membesar di padang pasir
Empat tahun pertama , Baginda dibesarkan di padang pasir di perkampungan Bani Saad. Faktor ini yang menjadikan Baginda membesar dengan tubuh yang kuat, jasmani yang sejahtera, lidah yang fasih, jiwa yang berani dan mampu menunggang kuda dengan baik walaupun masih kecil. Hal ini penting kerana, pendakwah yang hidup dalam suasana lebih kepada fitrah semulajadi dan jauh daripada kehidupan yang kompleks, lebih mudah dibentuk sifat-sifat kemuliaannya.
Kesimpulan : Allah tidak memilih orang Arab melaksanakan risalah Islam secara kebetulan atau tanpa tujuan.Mereka ini lebih cekal menanggung kesukaran perang dan menyebarkan risalan Islam ke seluruh ceruk dunia kerana mereka lebih berjiwa murni, berfikiran sejahtera dan berakhlak matang hasil daripada cara hidup mereka.
Setakat ini dahulu catatan saya, InsyaAllah kisah ini akan disambung lagi dan moga ada manfaatnya J…
2 comments:
terima kasih cik kekwaQ atas perkongsian ^_6
cik kekwaQ, sy suka jugak buku ni ♥
sbb die best, ade cerita, then ade pengajaran yg boleh kita contohi :)
Post a Comment