Salam semua, mari kita berkongsi pandangan tentang ayat ke-7 dari surah Az-Zumar.
‘Jika kamu kafir (ketahuilah) maka sesungguhnya Allah tidak memerlukanmu dan Dia tidak meredhai kekafiran hamba-hambaNya. Jika kamu bersyukur, Dia meredhai kesyukuranmu itu: Seseorang yang berdosa tidak memikul dosa orang lain.Kemudian kepada Tuhanmulah kembalimu lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.Sungguh, Dia Maha Mengetahui apa yang tersimpan dalam dada (mu)’
Seperti semua tahu, Allah tidak rugi apa-apa dengan kekafiran manusia bahkan manusia itu sendiri yang rugi.Takutnya, moga kita dijauhi dari perkara-perkara yang melanggar akidah. Ayat seterusnya menyatakan seseorang yang berdosa tidak memikul dosa orang lain, maksudnya seseorang itu tidak memikul dosa orang lain dan bertanggungjawab atas perbuatannya sendiri.Memang diakui gaya kehidupan kita sentiasa dipengaruhi faktor-faktor sekeliling, namun semua tindakan kita bergantung pada kehendak diri sendiri.Moga iman dan Islam kita sentiasa dipelihara. Akhir sekali, di akhirat kelak setiap perbuatan kita akan dipersoalkan kembali kerana Allah itu Maha Mengetahui. Waktu ini tiada masa nak berpatah balik atau memohon ampun, moga kita sentiasa menjaga perlakuan kita. Semua orang pernah melakukan kesilapan dan akan sentiasa melakukan kesilapan kerana manusia itu tidak sempurna. Mari kita sentiasa berdoa memohon keampunan dan bermohon agar sentiasa berada di jalan yang diredhaiNya.
Tuesday, February 23, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
pernah tak bila kita tgh xm, kita rs "kalau aku study lebih sikit, mesti boleh jawab"?
-ayat dipetik dari post tentang kematian di fb seorg kawan
analoginya, xm tu adalah ujian kita hidup di dunia ni. kita sgt tak mahu kan, jd org yang menyesal tu, mcm yang Allah bgtau dlm Al-Fajr ayat 24;
Dia mengatakan: "Alangkah baiknya kiranya aku dahulu mengerjakan (amal saleh)untuk hidupku ini".
Post a Comment