Wednesday, March 10, 2010

Populasi Muslim

Assalamualaikum. tajuk post mcm tak kick je. tapi percayalah, video ni kick tau! kita tengok video ni dulu ya J



Beberapa bulan lepas, semasa saya mula-mula tengok video ni, saya rasa suka sangat..malah dalam surat khabar Czech akhir tahun 2009 pun ada ditulis mengenai seorang bekas paderinya mengingatkan penduduk Czech yang Eropah sedang mengalami proses Islamisasi atas 2 sebab; imigrans dan juga keluarga Muslim yang selalunya mempunyai anak yang lebih ramai, berbanding dengan penduduk Eropah yang lain. Sebagai contoh, menurut seorang rakan sekelas saya yang berasal dari Norway; penduduk Norway rata-rata mempunyai 1 hingga 2 anak sahaja dalam setiap keluarga.

Ianya macam sebuah 'ancaman' untuk mereka tapi saya (atau mungkin kamu juga) rasa best kan? makanya saya pun terus buat mental note untuk tulis dalam blog..tapi, baru-baru ni, perasaan best tu berubah sebab saya terfikir, especially masa revise PRI dulu untuk usrah; ada satu hadis popular kan, saya tulis balik sini la ye:

“Akan tiba satu masa di mana seluruh umat hampir mengelilingi kamu seperti mereka mengelilingi hidangan makanan.” Seorang sahabat bertanya. “Adakah kerana bilangan kami pada waktu itu sedikit hingga boleh diperlakukan sebegitu rupa?”

Baginda menjawab, “Tidak, bahkan bilangan kamu pada hari itu ramai, tetapi kamu seperti buih-buih di lautan. Pada saat itu Allah akan mencabut perasaan gerun dari hati-hati musuh kamu dan tersemat di dalam hati-hati kamu penyakit ‘wahan’.”

Lalu sahabat bertanya lagi, “Apakah yang dimaksudkan dengan ‘wahan’ itu ya Rasulullah?”

Baginda menjawab, “Wahan ialah sikap cintakan dunia dan takutkan mati.”

-Riwayat Abu Dawud dan Ahmad

eh, patut rasa best ke? tak best pun ada orang Islam yang ramai tapi kalau tak islam (beza pada huruf I ok), sama jela ye tak? pesanan untuk diri saya dan kamu semua. jom doa kita semua selalu terhindar dari disease ni ye kawan-kawan!


P.B.S: nak anak ramai insyaAllah. perlu la nak tulis kan. hehe.

4 comments:

丽 娜 said...

Ya Kak Lene, sy suka tgk org Islam ramai. tp sedihnya Islam tu x meluas pun walau org Islam ramai. kalau sy p kt tmpt2 org Islam mcm Glasgow and kt Berlin sy sedih, sbb tmpt tu kotor. lg pun sy selalu sj tgk org Islam ni xmenepati waktu(tmasuk sy), tehn sy tgk org Islam ni pyh sgt nk tlg org lain.cth mcm angkat kerusi kat kelas n buang sampah.kalau kt kls tu, selalu sj sy nmpk ada yg minum kopi mkn sweets tp xamik buang pun plastic cup mahupun pembalut tu.

perempuan berkalung sorban said...
This comment has been removed by a blog administrator.
perempuan berkalung sorban said...
This comment has been removed by a blog administrator.
perempuan berkalung sorban said...

lina, sy ada cdgn psl plastic cup mahupun pembalut yg tak dibuang tu..apa kata lina yg buat? :D

jom lina, fastabiqul khairat! :)