Friday, March 5, 2010

~SoLaT~

Salam semua, hari ini kita akan berkongsi tentang SOLAT yang diperoleh dari ceramah Daurah yang lepas. Ini dipetik dari kisah pegangan-pegangan ahli Hizbul Muslimin di bawah pimpinan Imam Hasan Al-Banna dalam membentuk rijal yang sejati (kita ni nisa kan, huhu). Kita akan mempelajari dan memahami salah satu pegangan yang amat dijaga oleh mereka iaitu solat dan lihat kaitannya dengan kehidupan kita sekarang.


Dinyatakan berbagai maksud solat (tiang, penyeri hidup), tapi point yang agak menarik ialah solat itu kerehatan. Hal ini kerana solat itu dapat menenangkan jiwa dan perbuatan solat itu dapat menyegarkan tubuh badan. Tetapi selalu yang terjadi adalah sebaliknya apabila kita solat secara tergesa-gesa untuk mengejar waktu atau kita sengaja melewat-lewatkan solat kerana berasa letih atau malas.Berasa ruginya jika kita terus lalai dalam menjaga solat.


Dinyatakan juga tunjang solat ialah khusyuk, yang memahami maksud solat ialah roh, manakala jasad kita hanya melakukan perbuatannya dan tiang solat itu ialah kesannya pada kehidupan kita. Solat yang sempurna dinyatakan akan naik sebagai cahaya putih manakala solat yang tidak sempurna akan naik sebagai cahaya gelap. Apakah solat kita?

Bagaimana pula hendak khusyuk? antara perkara yang patut diambil berat ialah kita perlu solat di awal waktu supaya tidak tergesa-gesa,tubuh badan dan pakaian kita berada dalam keadaan bersih,tempat solat juga perlu dititikberatkan,kemudian kita perlu berpakaian dengan lengkap dan sebaik-baiknya kita berjemaah. Berjemaah menjadikan kita lebih fokus dan berdisiplin baik sebagai imam ataupun makmum.

Terdapat kisah mengenai Saidina Ali dan Rasulullah s.a.w mengenai khusyuk. Rasulullah berjanji kepada Ali bahawa beliau bakal memperoleh hadiah jika beliau khusyuk dalam solat. Selepas solat, Ali menyatakan beliau tidak layak mendapat hadiah tersebut kerana semasa solat beliau teringat-ingatkan hadiah tersebut.Dai kisah ini kita tahu hendak khusyuk itu susah tetapi kita boleh berusaha ke arahnya.Paling penting moga solat kita diterima, InsyaAllah.

Moga ada manfaatnya.

1 comment:

perempuan berkalung sorban said...

recap2 ^_^ jazakillah ye cik penulis :)