Saturday, March 27, 2010

Teka-Teki

Assalamualaikum semua J

Disebabkan kitorang ni suka betul main teka-teki (ni semua gara-gara cik alter ego..hehe), maka saya pun nak buat post pasal teka-teki. Mula-mula sekali kita recap dulu teka-teki yang senang-lenang..hehe.

Teka-teki 1: Burung apa yang paling penyayang?
Haa..jawab jangan tak jawab, comel teka teki ni ;)

Teka-teki 2: Kuih apa yang dimakan tepinya sahaja, kita tak makan tengahnya?
Hehe. senang ni, kan baru buat semalam dalam projek bulanan usrah ;)

Ok, sekarang masuk teka-teki separa susah.

Teka-teki 3a: Seekor ulat gonggok mempunyai 100 batang kaki, 50 di kanan dan 50 di kiri. Ulat gonggok ni sedang berjalan-jalan dan kemudian apabila tiba di persimpangan dilema (ceh ceh) dia belok ke kiri. Berapa batangkah kaki ulat gonggok yang tinggal?
Fikir cepat-cepat, jangan lama-lama ye kawan-kawan. Hehe.

Teka-teki 3b: Selepas membelok, ulat gonggok tadi pun meneruskan perjalanannya..tiba-tiba jalan di hadapannya penuh najis tetapi ulat gonggok tetap tabah meneruskan perjalanannya. Soalannya sama macam tadi, berapa batangkah kaki ulat gonggok yang tinggal?
Ni sambungan teka-teki kat atas, sebab tu dia 3a dan 3b. Hehe. Jawab ye ;)

Semua teka-teki ni akan diberitahu jawapannya nanti dalam ruangan komen kot tetapi ada lagi satu teka-teki terulung yang mana tujuan asal saya menulis post ni dan jawapannya akan diberi sekarang jugak! J

Teka-teki terulung: Apakah dia; yang ringan di lidah tetapi berat di timbangan serta dicintai oleh Allah?
Senang aje..boleh jawab ni, kamu semua kan hebat-hebat belaka ;)

Rasulullah saw bersabda, “Dua kalimat yang ringan di lidah, berat dalam timbangan, dicintai Allah Yang Maha Pengasih, (yaitu),

سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ

“Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya, Maha Suci Allah Yang Maha Agung.” (HR. Bukhari dan Muslim)


Jom nyanyi sama-sama!

Itu aje. Jumpa lagi di post akan datang, tentunya lebih menarik insyaAllah dengan '10 wasiat terakhir Nabi saw' J


P.B.S: Bertarung dengan Sports Medicine di Baitul Mulk. Iyah! Iyah! Haippp!

9 comments:

Anonymous said...

sy tau, sy tau jawapan no 1 :-)

perempuan berkalung sorban said...

aaa..ape die jwpnnye cik anonymous? :D yg no 2 ngan 3 tanak jwb? hehe :P

丽 娜 said...

jawapan ulat gonggok. yg first ada 99 kaki, 1 kaki angkat kasi signal
yang second 100 kaki.

or boleh jadi jugak ulat gonggok tak pakai kaki2nya tapi menggolekkan dirinya

perempuan berkalung sorban said...

cik lina,

btul2 utk jawapan 3a tp 3b salah. sila cuba lg. la la la~ :D

kekwaQ said...

geli la ulat gonggok, saya rasa tiada kaki, logik kah???

perempuan berkalung sorban said...

salah2. cuba lg kekwaQ ;)

kekwaQ said...

99, sebab die tak habis belok lagi, huhu, betul ke?...

perempuan berkalung sorban said...

salah! nak jwpn ke? :D

Anonymous said...

no 1 anonymous1 da tahu.so saya jawab no 2-donut!
3b- ade 98 sebab 2 kaki die tutup hidung sebab ada bau najis!hehe yeke??
-kanak2-